اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Saturday, June 7, 2014

Mendorong rakyat tidak hormati raja - Dr M

 


KUALA LUMPUR  - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad  berpendapat, penglibatan institusi beraja dalam pentadbiran kerajaan negeri dikhuatiri mendorong kepada perasaan tidak menghormati institusi itu dalam kalangan rakyat.

Beliau berkata, walaupun secara umumnya masyarakat Melayu setia bersama institusi beraja, tetapi apabila keupayaan untuk mempertahankan institusi itu terhakis, mereka mungkin meninggalkan adat berkenaan.

"Sudah ada perasaan tidak menghormati raja-raja. Ini boleh membawa kepada lain-lain bentuk perbuatan tidak hormat. Walaupun secara umumnya orang Melayu setia bersama institusi beraja, apabila keupayaan mereka untuk mempertahankan terhakis, mereka mungkin melepaskan adat," kata beliau dalam blognya http://chedet.cc hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan bahawa kerajaan negeri Johor dijadualkan membentang satu rang undang-undang baharu dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), Isnin depan yang akan memberi kuasa kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk terlibat dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Mengulas lanjut, Dr. Mahathir menjelaskan, Perlembagaan boleh diubah tetapi terdapat prosedur untuk berbuat demikian dan tiada siapa yang boleh mengubahnya secara bersendirian.

Malah katanya, kerajaan-kerajaan negeri dan pemerintahnya tidak boleh mengubah Perlembagaan tanpa kelulusan Parlimen dan Kerajaan Persekutuan.

"Perlembagaan Malaysia memperuntukkan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Sejak akhir-akhir ini terdapat kecenderungan untuk mengabaikan Perlembagaan dan mengubahnya secara berkesan melalui kaedah lain.

"Jika Perlembagaan tidak diendahkan oleh sesiapa, yang lain akan mengikut langkah tersebut. Perlembagaan merupakan asas undang-undang negara. Apabila duluan dibuat, ia akan menjadi asas kepada perubahan yang lain," katanya.

Dr. Mahathir turut melihat terdapat sesetengah pihak menggunakan institusi raja untuk mengatasi dasar serta matlamat negara.

"Orang-orang seperti itu mesti dihentikan terutama apabila mereka adalah orang asing.

"Saya akan menulis lebih lanjut mengenainya tetapi ketika Majlis Negeri Johor akan mengubah peraturan tertentu, saya anggap adalah perlu bagi rakyat untuk menyedari terdapat percubaan untuk mengubah Perlembagaan secara efektif," katanya. -UTUSAN

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com

No comments:

Post a Comment