اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Saturday, June 7, 2014

Petrol diesel juga dikenakan GST - Rafizi


HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Semakan keatas senarai barangan dan perkhidmatan yang dikenakan kadar cukai sifar (zero-rated) dan dikecualikan (exempt) secara jelas menunjukkan bahawa kerajaan BN  akan mengenakan GST ke atas petrol dan diesel, kata Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.
Menurut beliau, sehingga kini kerajaan BN masih berdiam diri dan mengelak dari menjawab soalan beliau sama ada GST akan dikenakan ke atas pembelian petrol dan diesel oleh rakyat.

“Ini sudah tentu akan menaikkan lagi harga petrol dan diesel tanpa disedari oleh rakyat seperti yang saya jelaskan dalam kenyataan akhbar sebelum ini.
“Satu lagi siri kenaikan harga petrol dan diesel akan melonjakkan lagi inflasi dan membebankan rakyat dengan kenaikan harga barang,” ujar beliau dalam satu kenyataan media.



Rafizi menganggarkan bahawa kerajaan BN akan mengutip sekurang-kurangnya RM3.1 bilion setahun dalam bentuk cukai GST yang dikenakan ke atas petrol dan diesel berdasarkan masklumat yang diperolehinya daripada jawapan kerajaan di Dewan Rakyat.
Menurutnya, jika jumlah penggunaan petrol setahun bagi 2013 adalah 14.05 bilion liter dan penggunaan diesel setahun (2013) adalah 9.64 bilion liter, jumlah keseluruhan penggunaan minyak (petrol dan diesel) setahun adalah 23.69 bilion liter.

Dengan mengambil kira harga bersubsidi petrol dan diesel setiap liter adalah RM2.10, dan kadar GST adalah 6% bagi setiap liter (13 sen seliter), maka jumlah kutipan GST yang diperolehi kerajaan daripada petrol dan diesel (13 sen X 23.69 bilion liter) adalah RM3.1 bilion.
“Bebanan cukai tambahan sejumlah RM3.1 bilion setahun yang dikenakan ke atas rakyat hanya dari pembelian petrol dan diesel adalah satu jumlah yang besar dan mengejut yang semestinya mempunyai kesan berganda ke atas harga barang.

“Tindakan mengenakan GST ke atas pembelian petrol dan diesel ini samalah dengan menaikkan harga petrol dan diesel sebanyak 13 sen seliter,” ujar beliau.
Sehubungan itu, beliau menggesa Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak mengumumkan segera bahawa pembelian petrol dan diesel tidak akan dikenakan GST.

“Jika beliau enggan mengumumkan pengecualian pembelian petrol dan diesel dari GST, maka beliau perlu menjelaskan segera bagaimanakah BN akan membelanjakan RM3.1 bilion yang dikutip dari rakyat melalui GST ke atas petrol dan diesel,” tegasnya.

 - HARAKAHDAILY, 7/6/2014

No comments:

Post a Comment