Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari
ini mengumumkan produk coklat Cadbury tidak mengandungi DNA babi selepas
keputusan terbaru makmal Jabatan Kimia Malaysia diperoleh.
"Makmal tersebut memang khusus untuk menjalankan ujian sedemikian," katanya di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata terdapat banyak makmal serupa di Malaysia, tetapi hanya di Petaling Jaya sahaja diiktiraf Jakim.
Menurut Jamil, umat Islam di Malaysia tidak perlu bimbang apabila
membeli produk Cadbury dengan perkembangan ujian terbaru tersebut
selepas kontroversi DNA haiwan tersebut menimbulkan kontroversi dan
kritikan daripada banyak pihak.
Malah, pertubuhan bukan kerajaan dan penganut Muslim di Malaysia juga
menggesa supaya memboikot semua produk yang dikeluarkan Cadbury dan
pengeluar induknya, Mondelez International Inc.
Perkembangan tersebut juga menimbulkan kebimbangan produk Mondelez akan
menerima impak buruk memandangkan produk mereka banyak dijual di
Malaysia, Indonesia dan Timur Tengah yang merupakan negara memiliki
populasi penduduk Islam terbesar di dunia.
Pengumuman hari ini selepas 10 hari Kementerian Kesihatan Malaysia
mengesahkan kandungan dalam dua produk Cadbury, iaitu Cadbury Dairy Milk
Hazelnut dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond mempunyai DNA babi.
Malah Jakim juga menggantung lesen halal syarikat tersebut.
"Contoh yang dihantar ke makmal kimia adalah produk yang sama, tetapi
yang ini diambil terus daripada kilang dan dihantar ke makmal.
Jakim menghantar 11 contoh daripada dua jenis produk tersebut, keputusan
ujian diperoleh hari ini seperti dijanjikan dan kesemuanya disahkan
tidak memiliki DNA babi.
"Kami putuskan untuk umumkan secepat mungkin bagi meredakan isu kerana ia menyentuh sensitiviti umat Islam," kata Jamil.
Beliau juga berkata hanya Jakim mempunyai kuasa mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai isu halal.
"Hanya Jakim berkuasa untuk memberi sebarang kenyataan mengenai isu halal," kata beliau.
Susulan tekanan daripada banyak pihak minggu lepas, pihak berkuasa
meredakan kemarahan terhadap Cadbury dengan mengatakan ia masih tidak
jelas sama ada pencemaran tersebut berpunca daripada syarikat tersebut.
"Orang ramai perlu memahami kita tidak boleh terus mengambil tindakan
terhadap Cadbury apabila tidak ada bukti kukuh," kata Othman Mustapha,
Ketua Pengarah Jakim baru-baru ini. ~tmi
Siapa pemegang saham dalam Cadbury?
Klik untuk besarkan imej |
Hal ini menjadi persoalan selepas seorang pemimpin PKR mendakwa Felda sebagai antara pemegang saham terbesar dalam Cadbury. Namun, dakwaan itu dinafikan oleh pihak Felda dengan menyatakan bahawa Felda hanya memegang 9.87% saham Cadbury.
Bagi menyokong kenyataan itu, portal Feldavoice turut melampirkan paparan skrin SSM yang menunjukkan pemegang saham Cadbury Confentionery Malaysia Sdn Bhd. Selain Felda, syarikat itu turut disokong oleh Boustead Holding, Trebor Basset Limited dan Cadbury Schweppes Overseas Ltd.
Walaupun bukan sebagai pemegang saham terbesar Cadbury, jelas dipaparkan di bawah Felda adalah antara pemegang saham minoriti dan jika benar produk Cadbury ada unsur babi maka sudah tentu Felda juga ada "saham" dalam hal ini.~dcm
Pengguna Masih Ragui Cadbury
[FMT] Walaupun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pagi tadi
mengumumkan produk coklat Cadbury tidak mengandungi DNA babi, namun
beberapa pengguna Facebook masih lagi meragui status halal produk
tersebut.
Mohamad Zairi Yaacob, 25, mempersoalkan sama ada sampel yang diambil
terus dari kilang oleh Jakim itu merupakan dari stok sama yang sebelum
ini dikatakan mengandungi DNA babi.
“Sampel di ambil dari kilang, adakah telah dirancang lawatan tersebut?
Kemungkinan pengusaha sudah menukarkan kandungan coklat. Yang penting di
pasaran, sebab itu yang dibeli oleh pengguna.
Lagi satu, coklat yang telah ditarik balik hari tu nak tahu juga
statusnya. Adakah dilupuskan atau dikitar semula, atau dipasarkan di
negara bukan Islam, atau tetap dipasarkan dalam negara tapi degan label
nonhalal/tiada sebarang label?,” komen Mohamad Zairi.
Pegawai ekskutif komunikasi korporat Nurul Izwanie Hashim, 26, pula
berkata dia masih meragui status halal produk Cadbury tersebut.
Masih meragukan.
Namun begitu, terdapat juga beberapa pengguna laman sosial itu yang berfikiran berbeza.
Mohd Farwalis Bakri berkata “Tak salah makan babi kalau tak tahu,”
manakala Mohd Fadzli Farid pula secara berjenaka berkata “Cadbury sedap,
aku tak dapat nafikan,”.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari
ini mengumumkan produk coklat Cadbury tidak mengandungi DNA babi selepas
keputusan terbaru makmal Jabatan Kimia Malaysia diperoleh yang disahkan
oleh Jakim.
“Makmal tersebut memang khusus untuk menjalankan ujian sedemikian,”
Jamil Khir dipetik sebagai berkata dalam laman portal The Malaysian
Insider.
Pada 23 Mei lalu, Kementerian Kesihatan mengesan DNA babi atau porsin
dalam dua sampel coklat Cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel
bernombor kelompok NO200813M01H I2 bertarikh luput 13 Nov 2014 dan
Coklat Susu dengan Buah Badam dengan nombor kelompok 221013N01R I1
bertarikh luput 15 Jan 2015.
~fmt
No comments:
Post a Comment