KUALA LUMPUR:
Kenyataan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang memberi
jaminan akan membuat rayuan kepada Kerajaan Pusat untuk memansuhkan dua
plaza tol Lebuhraya Persekutuan di Shah Alam hanya gimik politik.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin negeri, V Ganabatirau, berkata tindakan itu juga dipercayai turut mempunyai kaitan dengan tekanan Pakatan Rakyat (PR) Selangor sebelum ini yang berulang kali menggesa supaya dua plaza tol di lebuh raya berkenaan dimansuhkan segera, lapor Selangor Kini.
Baginya, Noh hanya meneruskan gimik Barisan Nasional (BN).
Beliau percaya perkara itu berpunca daripada tekanan PR yang memaksa Kerajaan Pusat mengkaji semula pemansuhan tol berkenaan.
“Mungkin Noh juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menaikkan namanya,” katanya melalui sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.
Adun Kota Alam Shah itu berkata, dua tol terbabit sangat membebankan pengguna terutama yang berpendapatan rendah dan mengundang kesesakan trafik yang serius pada waktu pagi dan petang.
Pada 1 Jun lalu, Umno Selangor memaklumkan akan membuat rayuan kepada Kerajaan Pusat dalam usaha memansuhkan dua plaza tol Lebuhraya Persekutuan di Batu Tiga dan Sungai Rasau di Shah Alam.

No comments:
Post a Comment