DNA babi: Kementerian cari individu bocor laporan awal
KUALA LUMPUR: Ekoran laporan awal berhubung ujian
kandungan DNA babi dalam coklat Cadbury didedah kepada umum, pihak
Kementerian Kesihatan Malaysia kini sedang berusa mencari individu yang
bertanggungjawab membocorkan maklumat itu.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Hilmi Yahya dilaporkan berkata satu siasatan sedang dijalanakan untuk mengesan individu tersebut.
Menurut beliau, maklumat dikategorikan sebagai 'sulit' itu tidak harus dibocorkan sebelum siasatan lanjut dijalankan ke atas bahan makanan terbabit.
Beliau juga meminta orang ramai meyakini kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui ujian Jabatan Kimia, bahawa dua produk coklat tersebut tidak mengandungi DNA babi.
"Orang ramai harus percaya pada laporan Jakim," katanya.
Laporan awal pihak KKM tentang pencemaran DNA babi dalam dua produk Cadbury dipercayai dibocorkan melalui laman sosial pada 23 Mei.
- HARAKAHDAILY

No comments:
Post a Comment