اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Friday, July 11, 2014

Abdul Hamid tolak jawatan pengerusi JKMPKA, bukan pengerusi MKPN?

Photo: Abdul Hamid tolak jawatan pengerusi JKMPKA, bukan pengerusi MKPN?

Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad (gambar) yang dilaporkan menolak tawaran menjadi Pengerusi Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN), hari ini berkata berlaku kesilapan dalam kenyataannya pada 2 Julai lalu.

Beliau menjelaskan tawaran yang ditolak sebenarnya adalah jawatan pengerusi Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian di Antara Penganut Agama (JKMPKA) atau yang mempunyai nama lebih kurang seperti itu.

"Sebenarnya saya tersilap dalam merujuk kepada MKPN dalam ayat itu. Saya sepatutnya merujuk kepada JKMPKA.

Jawatankuasa itu juga terletak di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional, Jabatan Perdana Menteri. Saya memohon maaf di atas kesilapan itu," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur.

Bekas Ketua Hakim Negara itu dalam rencana bertajuk "Saya tidak mahu jadi pengkhianat" yang siarkan Utusan Malaysia pada 2 Julai lalu menyatakan menolak tawaran menjadi pengerusi MKPN (sebenarnya pengerusi JKMPKA) kerana tidak mahu diperalatkan oleh pihak tertentu.

Abdul Hamid menarik perhatian apabila menjelaskan bahawa selain daripada bertanya mengenai bidang tugas dan aktiviti jawatankuasa berkenaan pada masa lepas, beliau turut bertanya tentang elaun sebagai pengerusi jawatankuasa itu.

"Berdasarkan pengalaman, saya ingin tahu sama ada jika saya menerima tawaran itu, saya diharapkan untuk menjalankan tugas itu dengan percuma.

Tugas itu adalah tugas menteri dan pegawai-pegawainya. Adalah tidak adil jika mereka meminta saya dan ahli-ahli jawatankuasa membuat kerja mereka dengan percuma sedangkan mereka menerima gaji," katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, isu gaji bukan sebab beliau menolak tawaran sebagai pengerusi JKMPKA kerana penolakan dibuat sebelum menerima sebarang jawapan termasuk mengenai elaun.

"Sehingga ke hari ini pun saya tidak menerima apa-apa jawapan kepada surat saya, kerana ia sudah tidak berkenaan lagi," katanya.

"Apa yang saya tekankan ialah pertahankan Perlembagaan kita, baiki apa yang tidak betul dalam lingkungannya. Kuman di kaki jangan letak di kepala," kata Abdul Hamid. – Bernama, 10 Julai, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/

Komen: 

Zar Ali III's photo.Lebih baik lah duduk diam dirumah bermain dengan cucu2 daripada bersekongkol lagi dengan pemerintahan yang zalim.... kamu bukan dapat buat apa2 pun untuk mengubah perangai kotor pemimpin2 UBN masakini. Lebih bagus kamu mencari jalan BALIK yang diredhai oleh Allah SWT..... sebelum kamu akan terus sesat dengan kerajaan UBN yang sudah lama sesat.

No comments:

Post a Comment