اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Friday, July 11, 2014

Najib tak pelawapun Khalid Ibrahim masuk UMNO nak kecoh buat apa?

 



Ada jugak rupanya penyokong PR yang terlalu taksub dengan politik hinggakan Tan Sri Khalid bersama dengan Najib dalam satu majlis berbuka puasa di Bukit Jelutong, Shah Alam semalam nak dijadukan isu.

Kalau tak suka sangat dengan Tan Sri Khalid tu.. takkanlah apa saja yang dia buat semuanya tak kena. rasionallah sikit.. takkanlah semua benda kita nak tengok dari sudut parti..

Khalid bersama Najib dikata Khalid nak masuk UMNO pulakdah.. Ini majlis rasmi jadi sebagai MB, Khalid sewajarnya meraikan Najib yang hadir ke negerinya sebagai Perdana Menteri..

Dulu Anwar pun pernah minum teh dengan Najib.. tapi kenapa tak ada yang kata Anwar nak masuk UMNO?


Laporan berkaitan...

Pertemuan dalam satu majlis berbuka puasa bersama Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam tidak membincangkan isu luar biasa, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana menteri berkata, perjumpaan itu tidak lebih didasari atas rasa hormat dengan kapasiti kepimpinan masing-masing di peringkat negara dan negeri.

"Tidaklah. Dia kata dia hadir menghormati saya sebagai ketua kerajaan peringkat pusat dan saya hormati dia sebagai ketua kerajaan peringkat negeri.

"Tiada apalah. Saya tak pelawa dia masuk Umno," katanya pada satu sidang media di Menara Dato Onn hari ini.

Najib semalam mengakui boleh berkerjasama dengan Khalid walaupun berbeza fahaman politik.

Menurut laporan media, Najib berkata: "Walaupun ada perbezaan, kita boleh bekerjasama dalam banyak hal."

Najib berkata demikian ketika mengucapkan terima kasih kepada Khalid kerana menghadiri majlis berbuka puasa bersama rakyat Selangor anjuran pejabat Pembangunan Persekutuan Selangor di Masjid Tengku Ampuan Jemaah di Bukit Jelutong, Shah Alam, petang semalam.

Kira-kira 2,000 rakyat Selangor menghadiri majlis itu yang disusuli dengan solat Maghrib, Isyak dan terawih.

Najib berkata pertemuannya bersama Khalid bukanlah satu pertemuan tertutup dan khas malah ramai lagi umat Islam yang menyertai majlis berbuka puasa berkenaan.

"Empat mata? Ribuan orang ada situ. Tidak. Ribu mata adalah,” katanya berseloroh kepada wartawan.

Sejak beberapa bulan lalu, Khalid menerima tekanan daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin PKR supaya melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

Hasrat “Langkah Kajang” yang dilihat gagal menjatuhkan Khalid sebelum ini, kembali berlaku dalam PKR terutama selepas beliau gagal mempertahankan kerusinya sebagai Ketua Cabang PKR Kuala Selangor pada pemilihan parti itu baru-baru ini.

Khalid dilantik sebagai Menteri Besar Selangor selepas Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008 di negeri itu lapor The Malaysian Insider

No comments:

Post a Comment