اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Friday, July 11, 2014

Apahal pulak Cybertrooper UMNO yang nama Padi Jantan nak tembak Mukhriz nih?




Tiba-tiba hari ini kecoh dengan laporan seorang Facebooker Pro UMNO atau Cybertrooper UMNO yang namanya Padi Jantan ugut nak tembak MB Kedah pulak.. apahalnya entahlah..

Menariknya bila jadi saja isu macai UMNO menyerang pemimpin UMNO, mulalah macai-macai yang lain membuat tuduhan kononnya macai yang menyerang pemimpin UMNO tu bukannya ahli UMNO..

Tak apalah kalau dia bukan Ahli UMNO cuma menyokong UMNO.. tapi apahal pulak nak kata "Mungkin dia ahli Pas atau Pkr yg diupah berlakon kononnya org UMNO."?

Ni dipetik dari Facebook Mukhriz Mahathir FC..

Sebentar tadi,beberapa laporan Polis dibuat terhadap Muhamad Taufik (dalam gambar) pemilik akaun facebook Padi Jantn yg telah membuat ugutan melampau terhadap YAB MB Kedah Dato Seri Mukhriz Mahathir dan juga kepada Setiausaha Sulit Sultan Kedah YBHG Dato Paduka Hj Syed Unan Mashri Bin Syed Abdulah.

Admin menyeru kepada sahabat-sahabat MMFC untuk turut sama membuat laporan Polis terhadap Padi Jantan. Kenyataan yg dibuat oleh Padi Jantn jelas berunsur ugutan secara langsung dan melampau.

Ini pula laporan berkaitan...

ALOR SETAR 11 Julai - Polis digesa mengambil tindakan terhadap pemilik akaun laman sosial Facebook Padi Jantn yang telah membuat ugutan untuk menembak Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir dan Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah.

Exco Agama, Pelancongan dan Tenaga Manusia negeri, Datuk Mohd. Rawi Abdul Hamid berkata, laporan kepada pihak polis mengenai perkara tersebut telah dibuat di Balai Polis Padang Lalang, Langkawi hari ini atas faktor keselamatan Menteri Besar dan Setiausaha Sulit Sultan Kedah.

"Kami menggesa agar siasatan segera diambil oleh pihak polis bagi menahan individu yang menggunakan nama Padi Jantn ini bagi memberi pengajaran kepada orang ramai supaya lebih menjaga adab ketika menggunakan laman sosial," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Adakah kerana nak raya duit tak cukup?.. entahlah...  

No comments:

Post a Comment