Written By canang on Jumaat, 11 Julai 2014 | 7/11/2014 08:00:00 PTG
Prosiding disiplin membabitkan peguam terkenal Tan Sri Cecil Abraham yang menyediakan akuan berkanun (SD) mendiang penyiasat persendirian P Balasubramanian (gambar) dijangka diadakan secara terbuka selepas "bukti menggemparkan" akan didedahkan.
Sumber memberitahu The Malaysian Insider, saksi dijangka memberi
keterangan kepada jawatankuasa disiplin mengenai penglibatan pegawai
Putrajaya untuk membantu mendraf SD kedua Bala tetapi beliau enggan
melakukannya.
Pengakuan "menggemparkan" itu perlu didedahkan kepada umum dan wujud
langkah membuka prosiding tersebut kepada umum, kata sumber kepada The
Malaysian Insider.
Difahamkan Manjeet Singh Dhillon, yang mengendalikan taklimat ringkas
kepada Americk Singh Sidhu (peguam Bala) akan memohon kepada tiga panel
jawatankuasa untuk membukanya kepada umum apabila kes bersambung 23 Ogos
depan.
Americk juga dijangka mendedahkan bukti pada hari tersebut.
"Peraturan prosiding disiplin melarang pihak luar daripada mengikuti kes
ini.
Bagaimanapun, pendengaran tidak wajar diadakan secara tertutup
kerana ia melibatkan kepentingan umum," kata sumber kepada The Malaysian
Insider.
Peguam Datuk Bastian Pius Vendargon merupakan wakil baru dilantik Majlis
Peguam yang juga pengadu dalam kes ini.
Verdagon menggantikan seorang lagi peguam kanan Lambert Rasaratnam yang
memilih untuk keluar tanpa memberi alasan kukuh.
Mengulas mengenai prosiding tersebut diadakan secara terbuka, pensyarah
undang-undang sivil berkata, ia pernah berlaku sebelum ini kerana
inkuiri itu diadakan bagi menentukan sama ada peguam tersebut bersalah
atau tidak dalam salah laku profesional.
"Jawatankuasa perlu rujuk kepada lembaga disiplin untuk membuat
keputusan dan kemungkinan pihak terlibat akan membawanya ke Mahkamah
Tinggi bagi memutuskan sama ada prosiding sedemikian wajar diadakan
secara terbuka atau tertutup," kata Surdev kepada The Malaysian Insider.
Prosiding disiplin membabitkan Abraham diadakan dan dikendali tiga panel
jawatankuasa Lembaga Disiplin Peguambela dan Peguamcara (ASDB) bermula
Mac lalu.
SD kedua kontroversi itu dibuat bagi membatalkan SD pertama yang dibuat
Balasubramaniam, mengheret Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan
beberapa personaliti lain dalam pembunuhan kejam penterjermah Mongolia,
Altantuya Shaariibuu pada 2006.
ADSB memutuskan meneruskan prosiding selepas menemui wujudnya kes prima
facie ke atas peguam tersebut kerana salah laku profesional memandangkan
Abraham semasa mendraf SD tersebut bukan peguam Bala yang sah.
Untuk rekod, Americk merupakan peguam kepada Balasubramaniam, kata
sumber.
Jawatankuasa itu terdiri daripada dua peguam dan seorang individu awam,
yang meneliti dakwaan salah laku mengikut Seksyen 94 Akta Profesion
Perundangan (LPA) 1976 kerana "kelakuan atau kegagalan dalam tindakan
seorang peguam dalam tindakan profesional yang membawa kepada
ketidaksopanan mendalam.
"
Majlis Peguam membuat aduan terhadap Abraham kepada ASDB tahun lepas dan
pengerusinya, Christopher Leong pada Mac tampil dalam prosiding
jawatankuasa bagi memberi bukti dalam sesi yang diadakan secara
tertutup.
Americk pada mesyuarat agung tahunan (AGM) Majlis Peguam tahun lepas
mendedahkan beliau diberitahu Abraham bertanggungjawab mendrafkan
pengakuan bersumpah kedua (SD) penyiasat persendirian Balasubramaniam
pada 2006 melibatkan kes pembunuhan Altantuya.
Americk memberitahu media arahan kepada Abraham datang daripada Najib
yang pada ketika itu merupakan timbalan perdana menteri.
"Saya tidak berminat untuk mengadu kepada lembaga. Itu bukan agenda
saya. Agenda saya ialah mencari siapa yang mengarahkan beliau (Abraham)
untuk lakukannya," katanya.
Malah, Leong semasa ditemui ketika AGM itu juga mencadangkan kepada
Majlis Peguam untuk meneliti semula kes Altantuya berasaskan pendedahan
bukti Americk, selain penglibatan peniaga permaidani, Deepak Jaikishan
dalam kes itu.
Mendiang Balasubramaniam tahun lalu mendedahkan beberapa personaliti
dalam kerajaan terlibat dalam pembunuhan Altantunya menerusi SD
pertamanya pada 2008, dua tahun selepas pembunuhan kejam wanita berusia
28 tahun itu.
Bagaimanapun, beliau menarik balik SD tersebut keesokkan harinya dan
menandatangani SD baru serta menafikan penglibatan personaliti tersebut.
Balasubramaniam meninggal dunia pada 15 Mac tahun lalu akibat serangan
jantung, beberapa minggu selepas pulang daripada bersembunyi.
Dua bekas anggota Unit Tindakan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sirul
Azhar Umar dan Azilah Hadri yang sebelum ini dijatuhi hukuman mati juga
dibebaskan Mahkamah Rayuan tahun lalu.
Putrajaya juga sedang merayu keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan
tersebut.
Selain itu, penganalisis politik Abdul Razak Baginda yang didakwa
bersama juga dibebaskan pada 2008.
Peguam yang biasa dengan prosiding disiplin itu berkata, jawatankuasa
akan mencari bukti dan cadangan kepada lembaga, termasuk menentukan
hukuman sewajarnya ke atas salah laku.
Mengikut LPA, peguam yang didapati bersalah akan ditegur, didenda,
digantung daripada menjalankan amalan guaman sehingga lima tahun atau
dibatalkan pendaftaran.
Bulan lalu, balu Balasubramaniam, A Santamil Selvi dan anaknya
mengemukakan saman sivil kerana terpaksa hidup dalam buangan di India ke
atas Najib termasuk isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan ke atas
adiknya Datuk Ahmad Johari Abdul Razak dan Datuk Mohd Nazim Abdul Razak.
Turut dinamakan dalam saman itu ialah Abraham, anaknya Sunil Abraham,
Pesuruhjaya Sumpah Zainal Abidin Muhayat, Deepak dan peguam, M
Arunapalam.
No comments:
Post a Comment