اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Friday, July 11, 2014

Johor: Kerisauan Tun Mahathir sudah terlambat


MUHAMMAD FAIZAL



KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayuh menyifatkan ramalan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Johor bakal menjadi seperti Singapura sebagai 'kerisauan yang terlambat'.

Jelasnya, Dr Mahathir sepatutnya melahirkan kerisauan sewaktu beliau masih menjadi Perdana Menteri lagi.

"Ramalan Dr Mahathir sudah terlambat dan ia sudah pun berlaku, sepatutnya beliau bertindak dari dulu lagi bukan hanya mendiamkan diri.

"Harga hartanah di Johor memang sudah tidak dapat dikawal lagi sekarang ini, peningkatan harga yang mendadak menyukarkan rakyat Johor memilikinya.

"Atas faktor itu menyebabkan warga asing dapat memiliki tanah di negeri itu dengan lebih mudah," katanya kepada Harakahdaily.

Menurut beliau, statistik sekarang menunjukkan hampir 70 peratus tanah di Johor dimiliki warga asing.

"Apa rakyat Johor dapat dan apa yang tinggal.

"Ini menunjukkan ketidak perihatinan kerajaan pusat mahupun kerajaan negeri dalam menjaminkan masa depan rakyat di negeri itu dalam memelihara hak mereka," sambung beliau.

Dalam pada itu beliau turut menggesa agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil tindakan segera kerisauan Dr Mahathir itu walaupun ia sudah terlambat untuk diperbaiki.

Dr Mahathir Mohamad dalam blognya meramalkan bahawa negeri Johor tak mustahil untuk menjadi seperti Singapura pada masa akan datang.

Menurut beliau, kebanjiran pendatang asing di Johor serta kenaikan harga keperluan asas akan menyebabkan penduduk asal di tempat Johor ini akan hilang suara dan hak mereka.

- HARAKAHDAILY 11/7/2014

No comments:

Post a Comment