Pengerusi MyWatch S Sri Sanjeevan hari ini mempersoalkan mengapa dia
yang harus disiasat selepas mendedahkan skandal seks pegawai kanan
polis.Sanjeevan berkata kepada The Malaysian Insider dia menerima surat
dari bahagian Sekretariat (Disiplin) Ketua Polis Negara bertarikh 8
Julai bahawa dia disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan di mana
perkataan atau perbuatan bertujuan menghina seseorang."
Pendedahan saya melalui MyWatch dikira sebagai berniat menghina
seseorang," katanya merujuk kepada surat itu."" Sanjeevan berkata
kenyataannya direkodkan polis minggu lalu dan diminta untuk menyerahkan
semua dokumen dan bukti berkaitan kes.
Bagaimanapun, Sanjeevan enggan bekerjasama kerana percaya polis mahu
melindungi kes dan pegawai kanan polis berkenaan."Malah, saya juga
percaya polis cuba mencari siapa yang mendedahkan maklumat itu kepada
saya dan MyWatch."
Sanjeevan berkata jika dia menyerahkan semua bukti dan dokumen berkaitan
kepada polis, ia akan dimusnahkan dan kes akan diklasifikasikan sebagai
tiada tindakan lanjut (NFA)."
Skandal seks ini akan dilupakan bersama dengan kes berprofil tinggi
lain."Saya ingin tahu mengapa pegawai polis yang terlibat tidak disiasat
malah saya yang menjadi tumpuan?"
Sanjeevan berkata dia sudah pun menyatakan mahu bercakap sama ada dengan
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung kes ini
atau pun kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar."Saya dah
dimaklumkan oleh pihak ketiga yang Khalid tidak mahu berjumpa saya."
Jika pihak berkuasa telus mahu membersihkan pasukan polis, mereka akan
berjumpa saya," katanya.Surat kepada Sanjeevan turut menyatakan dia
disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.Polis
mendakwa Sanjeevan mempunyai bukti yang boleh diedarkan menerusi sistem
aplikasi WhatsApp, imej atau video yang berkait dengan skandal seks itu.
Sanjeevan dituduh memberikan maklumat skandal seks itu kepada umum pada
Jun dan Julai menerusi laman sesawang MyWatch.Dalam keterangannya minggu
lalu, Sanjeevan mendakwa menerima satu set dokumen dan imej pegawai
kanan polis yang dipercayai terlibat dalam skandal seks.
Sanjeevan enggan menamakan pegawai kanan polis itu tetapi bersedia
melakukan segalanya demi rakyat.Bagaimanapun, Sanjeevan berkata perdana
menteri dan menteri dalam negeri perlu memberi jaminan tidak mengambil
tindakan terhadapnya.
Dalam keterangannya, Sanjeevan mendakwa pendedahannya sebelum ini tidak
disiasat dengan sewajarnya."Ini satu lagi peluang bagi Putrajaya
menunjukkan mereka tidak berkompromi dengan penjawat awam terutama polis
apabila membabitkan salah guna kuasa,” katanya. ~tmi
No comments:
Post a Comment