Tranungkite
Pernah
saya tuliskan sebelum ini semasa saya mengerjakan haji tahun lalu.
Budaya pelik orang Arab tempatan (Saudi) yang saya pasti bukan ajaran
Islam.
Mereka
akan makan dengan banyak tetapi tidak boleh melicinkan talam mereka. 2/3
biasanya AKAN DIBUANG sebagai tanda tuan rumah pemurah dan menjamu
lebih dari cukup. Pernah hampir habis talam dijamu dengan muka agak
bengis mereka tuangkan selonggok lagi nasi mandy. Rupanya...ia bukan
untuk dihabiskan sebaliknya untuk dibuang. Licin bermakna satu
penghinaan kepada tuan rumah.
Sampai
hari ini saya masih terkilan perkara itu berlaku secara budaya
menyeluruh dan tidak jauh dari mereka adalah gelandangan yang mengutip
sisa buangan makanan mereka di tong sampah.
Anda
boleh pilih untuk tidak percaya saya tapi ini hanya pengalaman saya dan
ia bukan sekali tetapi setiap kali. Disahkan juga oleh rakan-rakan Saudi
saya sendiri. Nauzubillah.
Gambar ini sekadar hiasan tetapi percayalah dari Arab kaya sampai Arab yang tak kayapun membudayakan pembaziran yang sama.
Mereka
bangga nabi diutus pada kaum mereka tetapi mereka tidak sedar jika nabi
saw membawa hudan Al-quran mampu membaiki akhlak manusia yang terburuk
atas mukabumi ini, pastinya Al-Quran dengan mudah mampu membentuk bangsa
yang lain.
SAIFUL NANG
No comments:
Post a Comment