اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Saturday, July 12, 2014

Berita Mengaibkan Najib Ini Mungkin Disembunyikan Oleh Media Pro Umno..

 


Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di atas pendiriannya untuk menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).

Dr Mahathir, dengan sinis berkata seorang pemimpin yang kuat dan berani tidak akan tunduk kepada tekanan dan desakan kuasa luar."Saya setuju dengan Najib bahawa kita perlu pemimpin yang kuat.

Tetapi apakah ciri-ciri pemimpin yang kuat?"Seorang pemimpin yang kuat akan tunjuk kekuatan apabila diuji. Jika kuat, pemimpin itu akan menangkis serangan bertubi-tubi dari dalam dan luar."

Apabila pemimpin itu tewas menangani serangan tersebut, maka, kita tidak boleh percaya bahawa pemimpin itu kuat," kata Dr Mahathir semasa melancarkan buku bertajuk "TPPA: Malaysia is not for sale" di sini.

Dr Mahathir berkata seorang pemimpin yang kuat harus sama sekali menolak TPPA kerana ia tidak akan mendatangkan manfaat."TPPA ini ganjil kerana rundingan dibuat secara rahsia. 

Kerajaan merahsiakannya daripada rakyat."Saya harap TPPA akan ditolak 100%," katanya sambil menambah bahawa TPPA adalah antara usaha pihak luar untuk menguasai Malaysia.

Sebelum ini, Najib pernah berkata sekiranya Malaysia tidak menyertai TPPA, negara akan kerugian besar memandangkan Malaysia sebuah negara berorientasikan eksport yang membentuk sebahagian daripada rejim perdagangan bebas global.

Walaupun mendapat tentangan dari pelbagai pihak, Najib juga menambah bahawa TPPA hanya akan ditandatangani sekiranya ia mengikut 'terma kita'. ~awani

No comments:

Post a Comment