اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Monday, July 21, 2014

Kantoi!!!!! ... Surat terbuka yang mendakwa bahawa Kiki bertindak keterlaluan kerana selepas dimaki oleh warga emas itu adalah rekaan pihak tidak bertanggungjawab

 





Siti Fairrah Ashyikin Kamaruddin atau Kiki, 30, yang didakwa bertindak keterlaluan dengan membuli seorang lelaki warga emas, di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini, minggu lalu, bukan disebabkan selepas dimaki oleh mangsa.

Sumber polis sebaliknya berkata, berdasarkan siasatan, Kiki dipercayai bertindak sedemikian kerana bengang selepas lelaki itu tidak mahu keluar dari kereta, selepas kenderaan mereka terbabit dalam kemalangan kecil.

"Keterangan lelaki berkenaan juga mengesahkan dia tidak mengeluarkan kata-kata kesat kepada Kiki pada masa kejadian," katanya.

Menurutnya, surat terbuka yang mendakwa bahawa Kiki bertindak ganas kerana selepas dimaki oleh warga emas itu adalah rekaan pihak tidak bertanggungjawab.

"Saya sudah membaca surat berkenaan dan pada saya semua dakwaan itu adalah mengarut," katanya.

Semalam, satu kenyataan disebarkan di laman sosial bahawa Kiki bertindak keterlaluan selepas dimaki oleh lelaki berkenaan. Ia turut menyatakan bahawa lelaki berkenaan turut menghamburkan kata cacian berbaur perkauman.

Sementara itu, Kiki dijangka akan didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana merosakkan harta benda di Mahkamah Majistret di sini, esok.

DIPERTURUNKAN APA YANG MACAI-MACAI UMNO TARAF ALAS KAKI TANDAS AWAM CUBA LAKUKAN NAK SOKONG TINDAKAN BIADAP MELAMPAU MEMBULI WARGA EMAS HANYA DISEBABKAN KAK LONG CDM25 ADALAH AHLI PUTERI UMNO.

"Di sini saya ingin menceritakan punca sebenar yang menyebabkan kiki mengamuk (tiada dalam rakaman video viral). Sebaik saja kereta Peugeot Kiki dilanggar oleh kereta Toyota Uncle Sim, beliau terus keluar dalam keadaan amat kecewa sebelum bergegas mendapatkan Uncle Sim yang masih berada di dalam kereta. Kire-kire seminit Kiki ketuk cermin pintu kereta tersebut bagi menyuruh uncle tersebut keluar.. Sebaliknye uncle tu hanya menurunkan cermin dan berkata "sikit saja ma, kasi cincai lorh". Kiki yang tidak puas hati terus ketuk cermin terbabit kali ni agak kuat. Sebaliknye uncle tersebut mengeluarkan not RM50 dan paksa kiki ambil.

Akibat berasa tercabar dengan tindakan uncle yang tak sporting tu, Kiki teros mengambil lock stereng dan mengetuk kereta terbabit. Sebenarnya tindakan Kiki bukanlah hendak mencederakan Uncle Sim. Sebaliknye mahu Uncle Sim keluar. Sebaik saja uncle keluar.. Kiki teros merampas kunci kenderaan toyota terbabit. Uncle yang terkejut dengan tindakan kiki tersebut telah terlepas cakap mengatakan "pukimak melayu sohai".

Dan berlakulah tindakan yang tidak terkawal bila Kiki mengamuk. Hal yang sebenarnya Kiki mengamuk bukanlah sebab kenderaannya dilanggar sebaliknye tindakan celupar uncle tersebut menghina bangsa melayu.

Seharusnya kita bersama sama Kiki menyokong beliau dari belakang. Tapi ape yang berlaku, kiki berterusan dihina. Malah ada ugutan untuk merogol beliau yang pihak media sendiri tidak mahu siarkan. Sebaliknye berterusan memuji Uncle Sim."

No comments:

Post a Comment