PKR sudah mengambil keputusan
untuk mengganti Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor, dan secara
rasminya ia adalah keputusan parti yang disesuaikan dengan kehendak Ketua
Umumnya. Ketua Umum PKR itu sendiri sepatutnya telah dijadikan Menteri Besar tetapi
terhalang oleh keputusan Mahkamah Rayuan berhubung dengan kes sodomi beliau.
Maka ‘Kajang Move' itu tidak dapat terlaksana dengan sepenuhnya, maka isterinya
Wan Azizah akan mengambil alih jawatan Menteri Besar itu.
Jika Wan Azizah itu hanya isteri
seorang Ustaz atau seorang guru tentulah beliau tidak akan nampak kepandaian
beliau yang membolehkan beliau memegang jawatan Ketua Eksekutif negeri terkaya
di Malaysia
ini. Selalunya dalam politik negara ini, yang sudah pasti baik dan mempunyai
peluang itu adalah ahli keluarga yang bersara atau telah mati.
Ia bukan sahaja berlaku dalam
parti kerajaan, malahan ia berlaku dalam parti-parti pembangkang dalam mana
mereka yang mengetuai parti itu akan mewakafkan jawatannya itu kepada anak atau
sesiapa yang terdekat dalam keluarga itu. Parti dan kuasa itu adalah hak dan
milik yang memegang kuasa itu.
Oleh kerana budaya ini terlalu
biasa, maka akhirnya rakyat ramai yang lebih cerdik di kawal dan di pimpin oleh
mereka yang hanya mendapat kuasa dan tempat menggunakan tiket bapa, suami atau
mertua sahaja. Itu sebabnya politik dan kepimpinan sekarang sudah tidak dihormati
oleh rakyat ramai, tidak kira ia dari parti kerajaan atau parti pembangkang.
PKR, kononnya adalah parti
anti-kronisma, malahan Ketua Umum PKR sendiri menggunakan isu ‘kronisma’ dalam
UMNO sebagai bahan untuk menghentam Dr Mahathir dahulu. Apa yang
Mahathir lakukan dahulu itu adalah ‘cronyism’ tetapi apa yang beliau lakukan
sekarang ini adalah kehendak ramai dan bukan kemahuan beliau.
Anwar memberi jaminan peralihan
kuasa itu akan dilakukan dalam keadaan baik dan lancar. Walaupun beliau belum
menyebut isterinya akan menggantikan Khalid, tetapi hampir keseluruhan rakan
dalam PKR yang berjumpa saya semalam memberikan ‘confirmation’ yang Wan Azizah
akan menjadi Menteri Besar Selangor mengganti Khalid Ibrahim dan juga
menggantikan suaminya yang sepatunya menjadi Menteri Besar yang terhalang oleh
undang-undang itu.
Dengan terangkatnya Wan Azizah
sebagai Menteri Besar itu, pada hakikatnya Anwarlah yang Menteri Besarnya dan
banyak keputusan kerajaan itu akan di buat di Segambut dan bukannya di Bangunan
Sultan Abdul Aziz, Shah Alam lagi.
Rupa-rupanya perjuangan menentang
Dr Mahathir kerana isu kronisma dahulu bukannya untuk membenterasnya, tetapi
sebaliknya ialah untuk beliau mendapatkan kuasa dan melaksanakan budaya
‘cronyism’ itu sendiri. Oleh itu kita sepatutnya mendesak supaya tidak ada
parti yang menggunakan isu ‘cronyism’ ini kerana ia berlaku dalam semua parti
yang aktif di negara ini.
Seperti yang saya katakan tadi
mereka yang tidak mempunyai suami, bapa, ibu atau mertua yang memegang kuasa
adalah terlalu tipis harapan untuk memimpin walaupun ada yang masih muda dan
mempunyai kepimpinan. Mereka sebaliknya dipimpin oleh mereka yang mendapat
kepimpinan dari budaya ‘cronyism’ dan 'nepotisma' itu. Maka rakyat yang ramai
yang lebih berkepimpinan tidak mempunyai rasa hormat kepada mereka yang
mendapat kepimpinan itu melalui warisan kuasa dari keluarga mereka yang pernah
menjadi pemimpin utama negara dan parti.
Mungkin buat sementara ini kita
elok memikirkan jalan yang terbaik untuk meruntuhkan benteng kuat budaya
‘cronyism’ ini. Mungkin rakyat terpaksa memilih pemimpin yang tidak mempunyai
anak untuk memimpin. Jika pemimpin seperti ini menjadi pemimpin adalah peluang
mereka yang tidak mempunyai keluarga pemimpin tetapi mempunyai ciri-ciri
kepimpinan berpeluang untuk menjadi pemimpin bagi ‘ordinary citizens’ pula.
Selalunya anak pemimpin besar ini
mudah untuk menjadi pemimpin walaupun tidak berkepimpinan, sebab rupa dan
kulitnya lebih halus dari yang tidak datang dari keluarga pemimpin itu. Ada pemimpin lelaki yang
bibir merah kerana zat makanan yang seimbang dalam keluarga pemimpin itu.
Bentuk badan serta pakaian mereka yang lebih kemas dan ini semuanya ini lah
yang mengelirukan dalam memilihan pemimpin dijawatan-jawatan yang penting
negara dan politik itu.
Itu sebabnya kerajaan sekarang
dan akan berlaku juga kepada kerajaan ‘alternative’ jika berlaku peralihan
kuasa, barisan kepimpinan yang tidak mempunyai roh kepada kepimpinan mereka.
Politik itu akan hanya dianggap sebagai siapa yang menang dan kalah sahaja.
Tidak akan ada lagi pemimpin yang
membangunan negara secara ‘spiritual’ dan ‘planning’ yang betul. ‘Aku menang
undi, maka aku jadi pemimpin’. Apabila sudah menjadi pemimpin, ini lah yang
berlaku dan kita menyaksikan mereka dari jauh kerana kita tahu mereka pemimpin
yang keliru, kerana tidak memahami kenapa mereka berada di situ.
Di Britain misalnya PM Cameroon
tidak mempunyai bapa atau ibunya yang pernah menjadi Perdana Menteri Britain sebelum
ini. Begitu juga dengan Tony Blair atau Gordon Brown. Di antara mereka ini tidak ada cucu kepada
Harold Mac Millan atau anak tiri Edward Heath. Malahan di Zimbabwe sekali pun,
Robert Mugabe tidak membuat perancangan untuk anak beliau menjadi Presiden
negara itu. Di negara kita sebaliknya pimpinan negara diwarisi oleh anak-anak
pemimpin utama negara walau selemah mana pun kepimpinan mereka.
Maka wujud pemimpin yang berangan
untuk menjadikan rakyatnya berpendapatan tinggi menjelang 2020 yang tinggal
tidak berapa ketika lagi. Tetapi rakyatnya masih menyelesaikan masalah mereka
melalui BRiM dan sebagainya. Jika hendak menjadikan rakyat itu berpendapatan
tinggi kenapa mereka masih di lekakan dengan BRiM yang sejemput itu yang hanya
boleh membayar satu saman kesalahan trafik yang tidak disengajakan sahaja?
Mana mungkin seramai 7 juta
rakyat yang menerima BRIM pada tahun 2014 akan menjadi rakyat berpendapatan
tinggi menjelang 2020 itu? Ucapan PM Najib dan pemimpin lain yang melaungkan
yang rakyat Malaysia
akan menjadi rakyat berpendapatan tinggi menjelang 2020 itu adalah mengarut dan
tidak dapat diterima akal.
Sasaran itu tidak akan tercapai
selagi pimpinan tidak dari seorang yang berkualiti sebagai seorang 'planner' yang
mahir dalam kepimpinan kita. Angan-angan itu tidak ubah seperti angan-angan
pemimpin negara Bangladesh
yang berjanji untuk melakukan transformasi negara untuk setanding dengan AS dan
Britain
menjelang 2020.
Kita tidak nampak jalan yang
sedang di lakar kerajaan untuk mencapai negara yang rakyatnya berpendapatan
tinggi sehingga !5,000 dollar setahun menjelang 2020 itu. Dengan harga barang
keperluan dan bahan api yang sedang meningkat naik ini, sasaran 15,000 dolar
setahun itu pun akan tidak boleh mencapai negara berpendapatan tinggi kerana
‘disposal income’ rakyat yang kian hari kian menguncup.
Sasaran untuk mencapai rakyat
berpendapatan tinggi menjelang 2020 itu hanyalah mimpi di siang hari sahaja.
Sumber : http://aspanaliasnet.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment