DR SYED AZMAN SYED AHMAD
Dr Syed Azman berbincang dengan Dr Mahmoud Zahar dalam satu pertemuan beberapa bulan dahulu.
KENAPAKAH Dr. Mahmoud Zahar, seorang pemimpin tertinggi Hamas di Gaza amat dikehendaki tentera rejim Zionis?
Sudah
lebih sepuluh kali percubaan membunuh beliau dilakukan tentera Zionis.
Sama ada hidup atau mati, tentera rejim Zionis sentiasa memburu beliau
tanpa henti.
Orangnya
tenang, sentiasa senyum dan fasih berbahasa Inggeris. Beginilah susuk
peribadi orang yang paling dikehendaki di bumi Gaza apabila saya bertemu
dengannya beberapa bulan lalu.
Tidak
ramai yang mampu menghantar dua anaknya untuk syahid di bumi Gaza. Anak
pertamanya Khalid Al-Zahar syahid di tangan rejim Zionis Israel akibat
serangan tentera Zionis.
Putera
kedua beliau, Houssam Al-Zahar syahid di tangan tentera Zionis Israel
dua tahun lepas akibat serangan bom. Houssam yang baru berusia 22 tahun
ialah komandan tentera Brigade al Qassam, sayap ketenteraan gerakan
Hamas di Tebing Gaza.
Dr.
Zahar serta para pemimpin Hamas tetap teguh memimpin rakyat Palestin.
Walaupun mereka terus diburu dan diberi layanan lebih buruk dari
binatang oleh rejim Zionis, mereka tetap tidak menyerah kalah.
Meskipun
sekatan serta kepungan dilakukan tentera rejim Zionis Israel dengan
bantuan rejim As Sisi di Mesir, mereka bersama rakyat di Gaza tetap
bersabar menghadapi ujian besar ini.
Tindakan
tentera rejim Zionis Israel yang tanpa henti menyerang penduduk awam di
bumi Gaza sejak dua minggu ini memperlihatkan pelbagai kekejaman
terhadap penduduknya.
Tentera
Zionis dengan segala kelengkapan termasuk jet pejuang, kereta kebal
serta helikopter Apache buatan Amerika membunuh anak kecil serta wanita
yang tidak berdosa di Gaza. Tindakan ini telah melanggar segala batasan
undang-undang antarabangsa, hak asasi manusia serta telah melakukan
suatu jenayah perang yang besar.
Tujuan
utama rejim Zionis Israel menyerang Gaza pada kali ini adalah untuk
menghancurkan seluruh infrastruktur serta seluruh persenjataan yang
dimiliki oleh pergerakan Hamas; membunuh para pemimpin tertinggi Hamas;
dan mewujudkan pemerintahan yang mesra rejim Zionis dan Amerika Syarikat
di Gaza seperti yang mereka telah lakukan di Mesir dengan menyingkirkan
Presiden Mohamed Morsi.
Apa yang
lebih menyedihkan, semua badan antarabangsa seperti Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Persidangan Islam (OIC),
Kesatuan Eropah (EU) dan Liga Arab, kesemuanya membisu seribu bahasa
terhadap jenayah perang yang sedang dilakukan tentera Zionis ini.
Walaupun
berhadapan dengan ujian yang amat berat dan besar ini, Dr. Mahmoud
Zahar tetap menjadi harapan rakyat di Bumi Gaza. Berikut adalah antara
intipati perbualan serta pesanan beliau untuk renungan kita bersama:
"Saya
ingin memyampaikan tiga pesanan buat rakyat Malaysia; Pertama,
hendaknya mereka terus mendukung perjuangan rakyat Palestin dan sentiasa
mendoakan mereka walaupun jauh dari segi geografi.
"Hendaknya
mereka terus menyakini bahawa kami tidak akan berundur walaupun setapak
dari memperjuangkan hak kami di Palestin khususnya kami sebagai
pemerintah yang dipilih oleh rakyat Palesin secara demokrasi dan bersih.
"Kami
tidak akan berundur dari memperjuangkan hak kami untuk kembali, kami
tidak akan berundur dalam mempertahankan tanah kami yang telah di rampas
dan hak semua tahanan termasuk wanita dan kanak-kanak untuk dibebaskan
dari penjara Zionis Israel.
"Ini adalah janji kami. Kerana itu teruskan dokongan, demonstrasi dan bantuan dana mahupun moral kepada kami di Palestin.
"Kedua,
hendaknya berusaha keras menyampaikan berita dan maklumat kepada
masyarakat umum terhadap masalah konflik Zionis Israel–Palestin. Ini
boleh disampai melalui surat, media massa, perhimpunan dan pernyataan
pendapat.
"Ingatlah
bahawa isu ini bukan konflik antara Israel–Palestin semata-mata. Tapi
ini adalah konflik perancangan Barat yang di dokong oleh Amerika
Syarikat dan Zionis bagi menentang Islam dan gerakan Islam yang sedang
bangkit.
"Atas
dasar inilah kami amat mengharapkan seluruh rakyat Malaysia,
parti-parti politik, NGO dan media massa berusaha menyampaikan maklumat
sebenar tentang apa yang berlaku di bumi Gaza Palestin. Jenayah perang
sedang dilakukan oleh tentera Zionis Israel dengan dokongan Amerika
Syarikat dan sekutunya.
"Ketiga,
hendaknya seluruh rakyat Malaysia dan setiap mereka yang ikhlas
memahami bahawa Hamas tidak akan mengiktiraf rejim Zionis Isreal yang
menjajah bumi kami, membunuh anak-anak serta ibu-ibu kami dan merampas
kiblat yang pertama iaitu Masjid Al-Aqsa. Musuh kami adalah Zionis
Israel yang akan kami perangi hingga titisan darah yang terakhir.
"Saya
amat berterima kasih kepada PAS dan seluruh rakyat Malaysia yang telah
membantu kami dan bantuan telah sampai kepada kami. Ini adalah
sebahagian dari tuntutan dan kewajipan kita bersama bagi membantu
saudara-saudara kita terutamanya yang sedang terkepung di Gaza sekarang
ini."
Inilah
pesanan yang disampaikan Dr Mahmoud Zahar kepada kita semua di Malaysia.
Sama-samalah kita berdoa agar kejahatan Zionis Israel akan hancur jua
dan saudara-saudara kita di bumi suci Gaza dilindungi Allah SWT. Insya
Allah.
____________________
Dr. Syed Azman Syed Ahmad ialah Pengerusi Hal Ehwal Antarabangsa PAS.
No comments:
Post a Comment