Penunjuk perasaan pro-Palestin mengadakan protes di hadapan pejabat Konsulat Israel di Istanbul. Foto: AFP
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Presiden
Amerika Syarikat (AS), Barack Obama, kelmarin menyatakan sokongan kuat
terhadap sekutu kuatnya kerana melancarkan serangan ke atas Genting Gaza
yang disifatkan kononnya sebagai tindakan mempertahankan diri.
"Saya
difahamkan operasi terbaharu itu bertujuan untuk memusnahkan terowong
bawah tanah milik Hamas. Bagaimanapun, saya menggesa Israel supaya cuba
meminimumkan kematian orang awam," katanya.
Menurut
FoxNews, kenyataan tersebut dipercayai bakal mencetuskan kemarahan
banyak pihak kerana AS sebelum ini pernah menjadi orang tengah untuk
menjayakan pelan damai antara Palestin dan Israel.
Tetapi,
pendirian mereka berubah selepas ketegangan semakin memuncak di Gaza
selain turut menuding jari ke arah Hamas yang didakwa sebagai penyebab
utama konflik itu.
-sinarharian-
No comments:
Post a Comment