اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Monday, July 21, 2014

MH17 : Russia Today (RT) ejen propaganda Russia, Ubah data sebenar

 


"Saya sangsi dengan laporan agensi berita RT mengenai data laluan MH17 yang dikatakan tidak mengikut kelaziman. Mungkin pihak mengeluarkan berita sedemikian ada kepentingan sendiri."

Itu komen pakar penerbangan, Prof Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, mengenai laporan agensi berita Russia Today (RT) yang mendakwa pesawat malang itu mengikuti laluan berisiko sehingga membawa kepada nahas.

Menurut laporan Open Newsroom (http://sy4m.co/GOpenNewsroom), sebuah laman perkongsian maklumat kewartawanan, Martin Walther berkata, laporan RT itu adalah sebahagian propaganda Russia dalam mengubah data sebenar dengan melaporkan data palsu kepada awam.

“Gambar yang diambil dari siaran RT itu salah sama sekali. Apa yang mengejutkan, sumber RT gunakan adalah dari laman Flightaware.com manakala laman flightradar24.com menunjukkan sebaliknya. 

“Flightaware kekurangan data untuk Ukraine kerana mereka tidak mempunyai penerima (receiver) bagi kawasan itu (http://flightaware.com/adsb/),” katanya di ruang perkongsian terbabit.

Menurutnya, RT menggunakan sumber yang tidak mencukupi dan salah sama sekali. Berpunca daripada itu, maklumat salah kemudian diterima masyarakat dunia bahawa MH17 menggunakan laluan berisiko. 

RT, yang sebelum ini dikenali sebagai Russia Today, adalah sebuah saluran TV berita pelbagai bahasa berpusat rangkaian di Russia, membentangkan berita, dokumentari, bual bicara dan perdebatan serta berita sukan.

Ahmad berkata, memang benar apa yang diperkatakan di Open Newsroom bahawa data Flightaware.com yang dijadikan rujukan dalam laporan berkenaan hanyalah anggaran kerana bergantung sepenuhnya kepada Global Positioning System (GPS).

"Malah semua data dalam talian ini boleh diubah suai pihak tertentu selepas pesawat tidak merekodkan laluan penerbangan," tegasnya.

Justeru, adalah tidak beretika jika agensi berita hanya menggunakan sumber lemah seperti itu untuk menjual teori mengatakan laluan digunakan MH17 adalah di luar kebiasaan.

"Kita harus sedar bahawa ini adalah konflik geopolitik membabitkan Russia, Ukraine dan pemberontak. Oleh itu, pasti ada usaha untuk cuba menutup kesalahan atau kelemahan masing-masing.

“Tambahan pula, pasukan siasatan awal menghadapi pelbagai kekangan untuk menyiasat lokasi kejadian dan ini menambahkan kecurigaan kita, " kata bekas Ketua Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa Universiti Putra Malaysia itu.

Beliau menegaskan, MAS tidak harus dipersalahkan kerana menggunakan laluan udara berkenaan namun mempersoalkan tindakan Kerajaan Ukraine yang tidak menutup terus ruang udara di lokasi kejadian selepas berlaku beberapa insiden sama sebelum ini lapor myMetro

No comments:

Post a Comment