اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Monday, July 21, 2014

Perang Gaza vs Israel : Media Zionis Israel melaporkan:

 

Written By canang on Isnin, 21 Julai 2014 | 7/21/2014 09:05:00 PTG



Perang Gaza vs Israel hari ke-13: Media Zionis Israel melaporkan:
Kalaulah pihak tentera Israel membenarkan penyebaran bilangan rakyat dan askar Israel yang terkorban, akan berlaku revolusi di Israel.

Media Zionis Israel sedang menghebahkan tentang hujanan roket dari Gaza ke atas mereka dan siren kecemasan sedang berbunyi dari Beersheba hingga ke Tel Aviv.
Akhbar Israel pada muka surat depan menyiarkan gambar 6 orang tenteranya yang terbunuh dalam operasi menyelinap tentera Briged Izzuddin Al-Qassam masuk ke bahagian Ain Saalisah semalam (Sabtu).

Terkini:
Briged Izzudin Al-Qassam mengesahkan bahawa pejuang Palestin semalam berjaya menghalang kemaraan tentera Israel untuk memasuki Gaza dan berjaya membunuh 15 orang tentera Israel dalam pelbagai pertempuran di sekitar sempadan Gaza dan operasi ketenteraan lain.
Manakala pada pagi ini 2 jam yang lalu di Hayyu Tuffah, Al-Qassam mengesahkan berjaya meletupkan sekumpulan skuad Israel dengan bom jerangkap samar yang membunuh kesemua tentera yang sedang berkumpul di situ; disyaki 14 orang tentera penjajah terbunuh manakala menurut sumber Al-Jazeera 8 orang.

Hingga kini sekurangnya 6 buah kereta kebal Israel telah berjaya dimusnahkan pejuang Palestin. Pasukan penembak tepat Palestin pula berjaya membunuh beberapa askar Israel.
Askar Israel masih belum dapat memasuk Gaza kerana digempur pejuang Palestin. Israel hanya mampu menyerang dengan kapal terbang dan tembakan meriam dari jauh. 

Media Israel berusaha menutup kerugian yang dialami askarnya di medan perang. Media zionis itu bukan saja cuba menipu dunia malah rakyatnya sendiri.
Keangkuhan Zionis Israel akan ditundukkan pejuang Palestin…Allahu Akhbar…

Sumber: Aman Palestin.

No comments:

Post a Comment