KERAJAAN MUKHRIZ HADAPI MASALAH ALIRAN TUNAI SERIUS?
Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Dato’ Seri Mukhriz Mahathir dilihat sedang mengalami masalah aliran tunai serius berikutan kegagalan menyelesaikan beberapa hal berkaitan kewangan negeri, demikian menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato’ Ir Amiruddin Hamzah.
Ujar beliau,
bekas Timbalan Menteri Industri dan Perdagangan Antarabangsa itu
ternyata tidak berupaya menterjemahkan pengalaman terdahulunya di dalam
Kerajaan Persekutuan apabila gagal mengolah kedudukan kewangan negeri
ketika ini.
Untuk itu katanya, Mukhriz sedang menyerahkan beberapa tanggungan kerajaan negeri kepada Pusat serta berusaha menarik projek Pusat ke negeri ini.
Amiruddin memberikan contoh Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang sebelum ini didakwa Mukhriz sebagai satu pembaziran hingga timbul desas-desus ianya akan dijual kepada pihak tertentu dan kini himpitan kewangan berlaku mungkin disebabkan jumlah kemasukan pelajar sesi baru yang merosot.
Malah terangnya, Maktab Mahmud yang selama ini menjadi kebanggaan rakyat negeri Kedah, telahpun diserahkan semuanya kepada Kerajaan Persekutuan atas nama penyertaan skim Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) kecuali Maktab Mahmud Alor Setar dan Cawangan Yan.
Begitu juga dedahnya mengenai pembangunan Maahad Tahfiz Sains Darul Aman (MTSD) di Pulau Tuba, Langkawi yang tidak diteruskan walaupun bajet lulus sejak di bawah pentadbiran Almarhum Tan Sri Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak.

Hatta
maklumnya, prasarana MTSD yang sedang beroperasi di Kulim kini turut
gagal diselenggara dan dinaiktaraf sungguhpun peruntukan telah
diluluskan.
“Ini menunjukkan kerajaan pimpinan Mukhriz sedang mengalami masalah aliran tunai yang serius.

Malah saya mendapat aduan ada wakil rakyat yang berpencen, selepas setahun masih belum menerima pencennya,” ujar beliau yang juga Ketua Pembangkang Dun Kedah pada Liqa’ dan Iftar Penerangan di sini 4 Julai lalu.
Menurut Amiruddin lagi, Institut Pengurusan dan Integriti Negeri (Inspin) juga mengalami nasib sama apabila hingga kini tidak dapat menjalankan rutin aktivitinya disebabkan peruntukan tahunan belum disalurkan biarpun telah lulus pada pembentangan bajet lalu.
Tambah beliau, pembentangan bajet lalu juga meluluskan skim khairat kematian warga emas negeri Kedah menerusi pemberian tunai kepada waris sebagai menggantikan Skim Kafalah, tetapi sehingga penghujung Jun lalu dilaporkan belum ada lagi wang berkenaan diberikan kepada pihak waris.
Selain itu katanya, terdapat kontraktor yang mengeluh berikutan belum menerima pembayaran dari kerajaan negeri sedangkan kerja-kerja telah lama disiapkan.
Menyentuh pemberian bantuan RM500 kepada penoreh getah, Amiruddin menyifatkannya seumpama ubat bius penahan sakit yang hanya bertahan seketika sebelum para penoreh akan kembali dihimpit penderitaan sepertimana mereka alami sebelum ini.

APA TAKUT BR1M KAN ADA..............
Lepas neh pakat bawak teksi sapu kut......
kalau level menteri ke MB depa dapat 300 permit teksi apa nak heran makan duit sewa
pun dah kaya raya.......

No comments:
Post a Comment