MCA tuntut Bung buang 'bra' hijau
Walaupun telah meminta maaf, MCA hari ini menuntut lebih komitmen daripada anggota parlimen Umno Bung Moktar Radin yang dihurung kontroversi akibatnya komennya berhubung kemenangan besar Jerman ke atas Brazil.
Ketua Pemudanya Senator Chong Sin Woo mendesak Bung mengeluarkan gambar bra berwarna hijau yang diganding bersama perkataan “ZIL” kepada seorang wartawan perempuan dalam tweetnya.
Chong berkata, bukan sahaja menghina Brazil selepas kalah teruk 1-7 dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia, tindakan Bung juga memperkecilkan wanita.
“Tweet ini meninggalkan tanggapan bahawa imej kekal tercetak dalam minda Bung hanyalah tubuh perempuan sejak 2006 lagi, beliau sebelum ini mengeluarkan kenyataan 'bocor' terhadap MP wanita yang memperkecilkan kitaran haid semua perempuan,” katanya.
Bung telah mentweet imej itu bersama-sama jawapan kepada soalan wartawan itu berhubung reaksi terhadap sanjungannya kepada Adolf Hitler setelah kemenangan Jerman.
Bung hari ini meminta maaf setelah ditegur Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini. -mk
Kenyataan Bung salah, tak boleh diterima
SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin mengenai kaitan kemenangan Jerman dengan Adolf Hitler ‘tidak boleh diterima dan salah’.
“Dia tidak bercakap bagi pihak Malaysia, atau untuk rakyat Malaysia yang memahami sejarah masa lalu Eropah dan menghormati perpaduan moden negara itu.
“Ketika ini sepatutnya menjadi masa untuk meraikan kemenangan Jerman dan kita mengucapkan yang terbaik pada perlawanan akhir nanti,” katanya menerusi akaun mikro Twitternya.
Terdahulu, Bung Mokhtar mencetuskan kontroversi apabila mengaitkan pasukan Jerman yang membelasah Brazil 7-1 dalam perlawanan separuh akhir bolasepak Piala Dunia 2014 awal pagi Rabu dengan Adolf Hitler menerusi akaun Twitternya dengan berkata: “Well done...bravo...long live Hitler”.
Kenyataan itu tidak disenangi oleh ramai pengguna Twitter yang merasakan kenyataan itu sebagai mencerminkan tahap pemikiran beliau sendiri.
Sebelum Najib memuat naik status terbaru itu, Bung terlebih dahulu memohon maaf di atas kenyataannya itu.
“Apabila Jerman belasah Brazil, saya secara tidak sengaja mengeluarkan kata-kata yang menyinggung perasaan rakyat Jerman.
“Saya mohon maaf dengan seikhlasnya. Long live Bung (panjang umur Bung),” tulisnya. ~SH
Sumber : http://greenboc.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment