اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Thursday, July 10, 2014

Pasukan bola kita tidak pernah kalah dengan Jerman, kerana kepimpinan

 


Saya, hanya hendak memberikan komen secara ringan dan mungkin berseluruh sahaja tentang isu kekalahan pasukan bola Brazil yang begitu teruk oleh pasukan Germany dalam pertandingan separuh akhir piala dunia semalam.
Saya agak terhibur dengan kata-kata Najib yang kekalahan pasukan Brazil itu adalah disebabkan oleh kekurangan kepimpinan. Jika ia boleh berlaku kepada pasukan bola sepak, ia juga boleh berlaku kepada negara yang tidak berkepimpinan.
Biar kita komen tentang bola sepak sahaja. Sesungguhnya dunia bola sepak sangat berkepimpinan, dan itu pun sebabnya pasukan itu masuk sampai ke separuh akhir dalam pertandingan piala dunia itu. Setidak-tidaknya pasukan Brazil ada peluang untuk Germany mengalahkannya kerana pasukan Amerika Selatan itu sampai ke peringkat separuh akhir.
Tetapi pasukan bola kita tentulah seperti yang dinyatakan oleh Najib itu, iaitu tidak berkepimpinan sehinggakan pasukan bola kita tidak mempunyai peluang langsung untuk dikalahkan oleh pasukan Germany kerana gagal untuk bersama-sama bertanding dalam piala dunia itu. Germany gagal untuk mengalahkan pasukan kita kerana pasukan kita tidak bersama dalam pertandingan piala dunia yang berprestij itu.
Sampai bila pasukan kita akan menggagalkan hasrat mana-mana pasukan untuk mengalahkan kita diperingkat piala dunia itu tidak dapat kita ketahui, mungkin sampai bila-bila kerana kita tidak mempunyai kepimpinan seperti kata Najib tadi.
Mungkin kegagalan mana-mana pasukan untuk mengalahkan kita itulah yang dianggap sebagai tiada kepimpinan itu. Oleh itu Najib secara tidak sedar telah mengakui yang negara kita tidak berkepimpinan kerana pasukan bola sepak pun tidak mampu untuk meningkatkan prestasinya walaupun dipimpin oleh kepimpinan yang bertaraf Raja di negara kita.
Pasukan kita tidak pernah menang dalam pusingan awal untuk melayakkan negara kita ke piala dunia itu, maka tidak terkejut jika kita melihat kepimpinan negara kita begitu lemah sehingga kita kalah dalam segala bidang berbanding dengan negara-negara jiran kita. Yang menjadi sebutan ramai oleh masyarakat antarabangsa ialah tentang wujudnya persepsi pimpinan yang rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang tidak terkawal.
Jika kita mempunyai kepimpinan kita tidak akan sampai ketahap sekarang ini. Sekarang kita sedang bergaduh diantara kaum, dan tentunya ia disebabkan kelemahan kepimpinan. Jika kepimpinan kita dihormati dan di sanjung, tidak semudah sekarang ini pihak pembangkang menggunakan kesempatan untuk menyemarakan lagi perasaan curiga mencurigai diantara satu dengan lain di negara ini.
Oleh kerana kelemahan pimpinan kita seperti kelemahan yang wujud dalam pentadbiran bola sepak negara ini, maka pihak chauvinis perkauman dari kedua-dua belah pihak sedang berpolimik tanpa ada hadnya sekarang ini.
Sekarang kaum Cina merasakan mereka lebih hebat dari bangsa Melayu dan menuduh bangsa Melayu menggunakan NGO-NGO tertentu untuk memanjangkan tindakan chauvinis. Kaum Melayu pula menjadi defensif dan seolah-olah mengaku tuduhan pihak chauvinis bukan Melayu itu sebagai benar, tetapi memanggil Cina dan lain-lain sebagai kaum yang tidak berterima kasih kerana berpeluang hidup dan berniaga dinegara ini tanpa halangan.
Dimana kepimpinan kita saudara ku Najib! Ingatlah saudara Najib, sanggupkah saudara menjadi bahan tulisan sejarawan yang saudara adalah pemimpin yang bertanggungjawab meruntuhkan sedikit sebanyak kemajuan dan tamaddun negara ini?
Tidakkah saudara mempunyai selera untuk hidup tanpa penyesalan semasa dalam persaraan nanti atau saudara tidak berhajat untuk bersara? Najib perlu ingat yang nasib sesebuah negara itu amat bergantung kepada kepimpinan yang beliau sebutkan itu.
Dalam posting saya beberapa hari yang lepas blog ini telah memberikan pendapat yang melepas jawatan juga merupakan pengorbanan jika ia boleh membetulkan keadaan yang sangat perlu di selesaikan ini.

Sumber : http://aspanaliasnet.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment