اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Thursday, July 10, 2014

RUPA-RUPANYA DALAM SENYAP-SENYAP UTUSAN SUDAH MEMBUAT KENYATAAN MAAF SECARA TERBUKA KEPADA KERAJAAN SELANGOR PIMPINAN TSKI KERANA MEMFITNAH SATU ARTIKEL BERTAJUK: " JUAL ASET PKNS: SULTAN SELANGOR MURKA?.

 



Rupa-rupanya lidah biawak rasmi UMNO Utusan telah menyiarkan diakhbarnya KENYATAAN MAAF kerana memfitnah PKNS pimpinan TSKI pada tahun 2012 atas tajuk berita “Jual aset PKNS : Sultan Selangor murka?”




KENYATAAN MAAF berbunyi:-

SATU artikel telah diterbitkan di muka surat 11 akhbar Utusan Malaysia pada 31 Oktober 2012 iaitu .“Jual aset PKNS : Sultan Selangor murka?”

Utusan Malaysia berasa kesal atas penerbitan artikel tersebut yang telah menjejaskan imej PKNS.

Utusan Malaysia dengan ini menarik balik sepenuhnya artikel bertajuk “Jual aset PKNS : Sultan Selangor murka?” tersebut.



Tindakan melutut mohon maaf itu terpaksa dibuat setelah TSKI apada hari yang sama memberitahu satu dunia bahawa kerajaan pimpinan bel;iau tidak akan bertolak ansur dalam isu fitnah ini dan akan saman Utusan.

Berikut ialah kenyataan TSKI ketika itu. .. Ini dinamakan pemimpin cakap serupa bikin dan bikin serupa cakap .. Bukannya jenis pemimpin cakap besar berdegar-degar tapi habuk sedikit pun tarak.

Salute dan Syabas kepada TSKI dan keseluruhan kepimpinan kerjaan Selangor.

SHAH ALAM 31 OKT 2012 : Kerajaan Selangor akan menyaman akhbar Utusan Malaysia dan Timbalan Ketua Pengarangnya ekoran satu artikel tidak benar dan berunsur jahat berkenaan status pemilikan lima aset Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Artikel tersebut bertajuk “Jual aset PKNS : Sultan Selangor murka?” diterbitkan hari ini dan ditulis timbalan ketua pengarang Datuk Zaini Hassan.

Pengumuman saman itu dibuat Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu sidang media sejurus selesai mempengerusikan Mesyuarat Exco di Bangunan SUK di sini petang tadi.

“Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kesal dengan artikel yang disiarkan Utusan Malaysia hari ini.

“Justeru, Kerajaan Negeri mewajarkan satu tindakan tegas diambil kerana artikel tersebut ternyata palsu dan menjejaskan nama baik Menteri Besar,” tegasnya yang turut ditemani Ahli Exco Negeri, Dr. Ahmad Yunus Hairi dan Ronnie Liu.

Sehubungan itu juga, Kerajaan Negeri mengarahkan peguam menghantar surat tuntutan maaf kepada Utusan Malaysia dan Zaini selain mengarahkan PKNS mengambil tindakan sama.

“Walaupun kita menghormati kebebasan media, namun media tidak boleh menyalahgunakan kebebasan itu.

“Apalagi untuk melaporkan berita berunsur fitnah, palsu dan mengelirukan,” tambah beliau.

Laporan akhbar berkenaan menyebut Kerajaan Negeri akan menjual lima aset PKNS iaitu Kompleks PKNS Shah Alam dengan harga RM 85 juta, Menara PKNS Petaling Jaya (RM90 juta), Shah Alam Convention Centre (RM97 juta).

No comments:

Post a Comment