Meminta maaf bila menyedari apa yang dilakukan itu adalah salah atau silap tanpa sebarang paksaaan atau arahan boleh diangap sebagai ikhlas..
Tapi dalam hal Bung Mokhtar ini sebelum ini beliau cuba menegakkan benang yang basah dengan menyediakan berbagai alasan tentang twit beliau "LONG LIVE HITLER..."
“Sebagai peminat pasukan Jerman, saya sangat gembira kerana pasukan kegemaran saya dapat mengalahkan Brazil dengan jaringan 7-1 dan tidak salah jika saya merujuk kemenangan itu kepada Adolf Hitler.
“Saya tidak mengetahui apa masalah dengan mereka yang mengutuk status saya di twitter,” katanya.
Tambah beliau lagi, tweet yang dimuatnaik itu hanyalah sebagai satu gurauan dan tidak bermaksud serius.
“Saya fikir, orang sekarang harus mengubah tahap pemikiran dan mentaliti mereka. Apa sahaja yang saya tweet, mereka akan mengutuk saya.
“Mereka tidak mengutuk saya kerana Hitler, tetapi kerana saya Bung Mokhtar,” jelasnya.
Tapi setelah Najib mengatakan apa yang dilakukannya itu adalah salah dan mengarahkannya supaya meminta maaf, barulah terhegeh-hegeh dia nak minta maaf..
Adakah ianya ikhlas?
Laporan berkaitan...
Perdana menteri hari ini mengkritik Bung Moktar Radin ekoran pujiannya terhadap Adolf Hitler selepas kejayaan bergaya Jerman menumpaskan Brazil 7-1 dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia.
“Komen-komen yang dibuat oleh Bung tidak boleh diterima dan salah, dan beliau akan menarik balik (kenyataan itu),” kata Datuk Seri Najib Razak.
Najib juga berkata, anggota parlimen Kinabatangan itu bukan bercakap mewakili Malaysia yang “memahami sejarah tragik Eropah dan menghormati perpaduan modennya”.
“Masa ini sepatunya dirayakan oleh Jerman, dan kami harap yang terbaik untuk mereka dalam perlawanan akhir,” tambahnya dalam kenyataan ringkas.
Bung dalam Twitter beliau hari ini meminta maaf, tetapi seperti biasa, terus dengan gaya sarkastiknya yang tersendiri.
“Apabila Jerman belasan Brazil, saya secara tidak sengaja mengeluarkan kata-kata yang menyinggung perasaan rakyat Jerman. “Saya mohon maaf dengan seikhlasnya. Long live Bung (panjang umur Bung),” tulisnya lapor Malaysiakini
sumber : darisungaiderhaka.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment