Walaupun diserang media dikawal Umno, bekas Menteri Penerangan Tan Sri 
Zainuddin Maidin percaya Tun Daim Zainuddin dan Tun Dr Mahathir Mohamad 
tidak akan merendahkan martabat mereka dengan mendedahkan maklumat 
"menyelerakan" tentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Mengakui terdapat "perang saraf" di antara penyokong Najib
 yang mengawal media arus perdana terhadap pengkritik termasuk kedua-dua
 bekas pemimpin negara itu, Zainuddin berkata beliau sudah menjangkakan 
perkara ini akan berlaku.
"Dari awal lagi saya sebagai wartawan tua yang mempunyai sedikit 
sebanyak pengalaman dalam perang saraf mejangkakan serangan peribadi 
 TV3 terhadap bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, pastinya umum 
akan merujuknya sebagai arahan serta mendapat keizinan daripada Perdana 
Menteri  Datuk Seri Najib," tulis Zainuddin di blognya zamkata.blogspot.com hari ini.
"Walaupun saya sering dikatakan sebagai orang (Dr) Mahathir tetapi  saya
 berharap saya tidak dianggap sebagai sekutu Daim kerana menyokong 
pandangan Kadir dalam posting terbarunya yang melihat kecaman terhadap 
Daim  akan menikam balik Najib  dan menghakiskan lagi 
kewibawaannya," kata Zainuddin merujuk kepada tulisan bekas Ketua 
Pengarang Kumpulan New Straits Times Press (NSTP) Datuk A Kadir Jasin 
semalam.
Selari dengan pandangan Kadir, Zainuddin berkata tindakan menyerang Daim menggunakan media dikawal Umno bukanlah permainan politik yang bijak.
"Maka saya nampak ini bukanlah suatu  permaianan politik atau perang 
saraf yang bijaksana tetapi permainan politik kotor, tidak beretika, 
tidak profesional dan sangat rendah caranya serta kualiti yang tidak 
sepatutnya datang daripada Jabatan Perdana Menteri," katanya.
Semalam, Kadir turut menyatakan pandangan sama dengan Zainuddin apabila 
memberi amaran kepada Media Prima Bhd yang dikawal Umno supaya berhenti 
menghentam Daim kerana ia boleh "menikam balik" Najib.
"Mungkin dakyah murahan mengenai para pengkritik Najib boleh merosakkan 
imej mereka, tetapi mereka bukan PM dan tidak berkedudukan politik.
“Tetapi cerita-cerita yang ‘menyelerakan’ mengenai Najib, kalau ada, boleh menjatuhkan beliau. Setidak-tidaknya pun beliau tidak nyenyak tidur malam yang lebih teruk daripada gangguan bunyi motosikal pelumba haram seperti
 isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, ceritakan baru-baru ini," tulis 
Kadir dalam blognya The Scribe A Kadir Jasin, semalam.
Zainuddin berkata, meskipun Najib mempunyai hak untuk menjawab kritikan 
terhadap pemerintahannya namun ia tidak seharusnya dilakukan dengan cara
 seolah-olah mahu berperang dengan Dain dan Dr Mahathir.
Kritikan terhadap Najib, terutama cara beliau mengendalikan isu hubungan
 kaum dan agama dan ekonomi, semakin bercambah bukan sahaja daripada 
pemimpin pembangkang, tetapi kini termasuk Daim, Dr Mahathir dan blogger
 pro Umno yang pernah menyokongnya menjadi perdana menteri selepas BN 
kehilangan majoriti tradisi di Parlimen serta beberapa negeri dalam 
Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 di bawah kepimpinan Tun Abdullah Ahmad 
Badawi.
Kegembiraan terhadap Najib mengambil alih tugas yang pernah disandang 
allahyarham bapanya, Tun Abdul Razak Hussein menjadi pudar selepas BN 
kalah lebih teruk dalam PRU 2013 walaupun Umno menambah kerusinya.
Pengkritik dalam Umno berkata, tindakan Najib menggunakan bantuan tunai dan "mengikut kata" kaum lain, tidak akan memberi lebih undi atau kerusi kepada BN.
Addin 
 



 
No comments:
Post a Comment