اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Saturday, March 22, 2014

Konsert maut: Mengapa Shabery terus membisu?

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang terus membisu ekoran insiden kematian remaja pada Future Music Festival Asia (FMFA) di Bukit Jalil baru-baru ini.

Katanya, sepatutnya menteri itu tampil memberi penjelasan kerana program tersebut mendapat kelulusan daripada kementerian tersebut.

"Saya hairan kenapa mereka terus membisu sedangkan insiden tersebut telah seminggu berlalu.

"Sepatutnya kementerian bertanggungjawab dalam isiden itu kerana mereka yang memberi kelulusan dan lagi satu kenapa perlu program sedemikian untuk mempromosikan negara," kata beliau kepada Harakahdaily.

Mahfuz yang menegaskan, sepatutnya kerajaan lebih prihatin dan tahu apa budaya yang harus diketengahkan untuk menarik pelancong dari luar.

"Kita ada banyak budaya tradisi yang boleh diketengahkan dan dapat menarik minat pelancong luar.

"Kenapa muzik liar yang hendak dipromosikan, ini amat bertentangan dengan budaya timur yang kita miliki serta peliharai selama ini," sambung beliau.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut mempertikai tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang tidak mengambil tindakan kepada pihak penganjur.

"Isu kematian akibat dadah, tidak ada tindakan tegas diambil terhadap pihak penganjur.

"Dadah baru tapi kenapa membisu, sepatutnya pihak polis telah membuat halangan bila mengetahui wujud penggunaan dadah pada acara itu," katanya.

Beliau berharap setiap pihak yang terlibat dalam acara FMFA perlu tampil segera memberi penjelasan dan bukannya membisu tanpa rasa bersalah.

Dilaporkan, kematian enam remaja ketika menonton konsert itu akibat daripada pengambilan dadah.

No comments:

Post a Comment