اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Monday, March 24, 2014

MH 370 - Barat mula kaitkan rampasan dengan Islam

Ketika Amerika terdesak untuk mennyelamatkan diri daripada syak wasangka yang logik berkaitan kehilangan MH370, barua-baruanya mula mencipta gimik baru untuk mengalih pandangan dunia ke arah selain Diego Garcia.

Tiada siapa yang lebih berkepentingan terhadap manusia-manusia bijak pandai dalam pesawat MH370 selain Amerika. Amerika kini tertekan akibat kebangkitan China dalam dunia persenjataan moden yang mana akan menempatkan diri sebagai kuasa tentera terkuat dunia dalam tempoh lima tahun akan datang.

Tuduhan terhadap pihak pejuang Islam kononnya mereka perlukan kepakaran strategi ketenteraan adalah salah sama sekali. Taliban Pakistan dan Afghanistan mempunyai pusat latihan sendiri yang terbukti hebat apabila berjaya menewaskan Amerika dan Nato yang memiliki peralatan canggih bernilai bilion USD.

Mengapa mereka perlukan orang asing untuk melatih tentera Libya di Pakistan, sedangkan mereka mampu melakukannya tanpa bantuan tentera asing sebelum ini?

Dalam tempoh tiga belas hari semua manusia dan barangan dalam MH370 sudah dipunggah keluar. Manusia-manusia yang diperlukan sudah pun diterbangkan ke destinasi tertentu dengan pesawat atau kapal-kapal besar tentera mereka yang terdapat banyak di Lautan Hindi dengan alasan mencari MH 370.

Siapa tahu sambil menyelam mereka minum air. Sambil berpura-pura membantu mencari MH370, Kapal-kapal AS di Lautan Hindi singgah di Diego Garcia dan membawa pulang 'barangan' dari MH370 tanpa sesiapa menyedari. Dikhabarkan puluhan buah kapal tentera laut Amerika terlibat mencari MH370. Mengapa perlu sebanyak itu?

Apakah objek yang terdapat dalam imbasan satelite di koridor selatan? Sebagai negara propaganda, AS boleh saja meletakkan apa jua objek yang boleh timbul dalam jangka masa tertentu untuk diimbas satelite sebelum tenggelam ke dasar laut bagi mengalih fokus ke koridor selatan. Kapal-kapal perang mereka yang bertaburan di Lautan Hindi boleh sahaja melaksanakan tugasan ini dengan mudah.

Meletakkan spekulasi kononnya MH370 mungkin berada di Pakistan adalah cubaan mengalih perhatian seterusnya terutama apabila dunia mula menghidu konspirasi terancang MH370. Selain mengalih tumpuan mereka juga pastinya mendapat perhatian barat yang anti Islam terutama Islam Pakistan.

Dalam pesawat ada jongkong emas? Ada pakar senjata China? Ada pakar biologi? Ada jurutera kimia?

Segalanya berkemungkinan benar memandangkan kerajaan Malaysia masih berdolak-dalik mengenai apa sebenarnya yang dibawa MH 370.

Apa akan jadi dengan manusia yang tidak diperlukan dalam pesawat tersebut? Mereka adalah saksi yang menjadi liability kepada perampas. Apa nasib mereka?

Apa akan berlaku jika China dapat mengesahkan bahawa Amerika adalah dalang konspirasi kehilangan MH370????



Lt. Gen. McInerney discussed why the plane flew to Pakistan.

“LIGNET put out a report, substantiated yesterday, that there sources got their information from Boeing sources, which is covert. Not that they got their information from the Boeing Company because they’re involved in the investigation, that the airplane was in Pakistan. That was confirmed by LIGNET on Monday and I got another source at LIGNET that confirmed it yesterday… I do believe that those people in Pakistan, in the ISI, those people who knew where Osama Bin Laden was and didn’t tell us. I believe those same elements could be involved with getting that airplane into a Pakistan air force base.
          https://www.youtube.com/watch?v=CPl60cQUz9I#t=17

                                                                      
                                                                                

No comments:

Post a Comment