اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Monday, March 24, 2014

Wan Azizah angkat sumpah Adun Kajang 7 April

KAJANG: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang pada 7 April ini.

Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh memberitahu demikian pada sidang media di Pusat Pengiraan Undi, Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang, malam tadi.

Beliau menyatakan demikian selepas Dr Wan Azizah diumumkan memenangi PRK Dun Kajang.

Dr Wan Azizah memenangi pilihan raya kecil (PRK) Dun Kajang semalam dengan majoriti 5,379 undi selepas mendapat 16,741 undi berbanding pencabarnya dari BN, Datin Paduka Chew Mei Fun yang mengutip 11,362 undi.

Dengan kemenangan itu, beliau menggantikan Lee Chin Cheh yang meletakkan jawatan pada 27 Januari lalu.

No comments:

Post a Comment