اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Monday, March 24, 2014

MH370: Masih ada harapan, jarang temui objek besar di Lautan Hindi, kata pakar


Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata pada Sabtu satelit China menemui objek terapung dengan ukuran sekitar 22.5 meter x 13 meter. Saintis marin Robin Beaman berkata objek yang terapung berkenaan berkemungkinan serpihan pesawat kerana skalanya bertepatan dengan pesawat, dan mengatakan kontena juga tidak sebesar itu.  – Gambar satelit China, 24 Mac, 2014.  
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata pada Sabtu satelit China menemui objek terapung dengan ukuran sekitar 22.5 meter x 13 meter. Saintis marin Robin Beaman berkata objek yang terapung berkenaan berkemungkinan serpihan pesawat kerana skalanya bertepatan dengan pesawat, dan mengatakan kontena juga tidak sebesar itu. – Gambar satelit China, 24 Mac, 2014.
Dengan misi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 diperhebatkan ke kawasan selatan Lautan Hindi, harapan mula kelihatan bahawa objek kabur yang dilihat dalam imej satelit berkemungkinan pesawat yang hilang apabila pakar marin berkata objek besar jarang ditemui di kawasan berkenaan.
The Sydney Morning Herald (SMH) memetik saintis marin James Cook University, Robin Beaman berkata objek yang terapung berkenaan berkemungkinan bukan kontena kapal, rumpai laut, katil, pokok atau pukat hanyut.
"Skalanya penting dan kami melihatnya berkemungkinan daripada lokasi serpihan," Dr Beaman berkata kepada akhbar Australia itu.
"Malah kontena terbesar pun, tidak sepanjang objek dalam imej itu. Skalanya penting," katanya.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata pada Sabtu satelit China menemui objek terapung dengan ukuran sekitar 22.5 meter x 13 meter.
Agensi berita Xinhua berkata objek meragukan itu ditemui satelit China terapung 120 kilometer daripada lokasi berkemungkinan serpihan yang diumumkan Australia dua hari sebelumnya. – 24 Mac, 2014.
The Malaysian Insider 

No comments:

Post a Comment