اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Monday, March 24, 2014

RUU Perbekalan Tambahan (2013) 2014 dibentang


KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini membentang Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2013) 2014 bagi memohon perbelanjaan tambahan untuk perkhidmatan bagi tahun 2013 sebanyak RM2.392 bilion (RM2,392,077,572).
  
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan membentangkan rang undang-undang itu untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.
 

 
Dua belas kementerian, jabatan dan agensi yang memohon perbelanjaan tambahan itu iaitu peruntukan kepada Kumpulan Wang Terkanun sebanyak RM2,099,876,700; Jabatan Perkhidmatan Awam (RM55.6 juta); Jabatan Perdana Menteri (RM53.4 juta) dan Kementerian Kerja Raya (RM50 juta).
  
Selain itu, perbelanjaan tambahan itu turut melibatkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia; Kementerian Luar Negeri; Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani; Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.
  
Kementerian lain termasuk Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar; Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. - Bernama

No comments:

Post a Comment