اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Friday, January 16, 2015

‘KAMI SUDAH LETIH’





Kuala Terengganu , 16 Januari 2015 : 'Kami sudah letih.' Itu reaksi Pengerusi Persatuan Peniaga Melayu Pasar Chabang Tiga, Mohd Ayub Long berhubung desas-desus yang mengatakan hampir 300 peniaga pasar Chabang Tiga akan dipindahkan ke lokasi baru.

Mohd Ayob berkata, peniaga di sana sepakat tidak akan berpindah ke kawasan lain kerana sudah tiga kali terlibat dengan perpindahan.

“Kami sudah letih, apa tidaknya kami telah pindah sebanyak tiga kali dan jika benar apa yang didengar mengenai perpindahan peniaga, kali ini kami telah putuskan untuk tidak berganjak dari pasar ini.

“Kami sudah selesa di sini, walau ada kekurangan namun kami percaya keadaan kembali baik selepas beberapa kekurangan itu ditambahbaik,” katanya ketika ditemui, di sini.

Sebelum ini, timbul desas-desus peniaga Pasar Chabang Tiga akan dipindahkan ke lokasi baharu berikutan ada rungutan daripada peniaga bahawa mereka tidak mendapat keuntungan berniaga di pasar berkenaan.

Mengulas lanjut, Mohd Ayob mengakui peniaga berdepan dengan kesukaran mendapat pelanggan ketika baharu berpindah ke pasar tersebut namun kini pendapatan mereka sudah mula stabil berikutan orang ramai mula datang berbelanja di sana.

“Biasalah apabila berada di tempat baru, soal untung dan risiko rugi itu perkara biasa bergantung kepada sikap peniaga serta minat pengguna.

“Tapi ia tidak akan memakan masa yang lama kerana sekarang sudah ramai yang tahu di mana kami berpindah dan pelanggan kini kembali membeli belah di sini, sama seperti di tempat lama,” katanya.

Dalam masa sama, beliau bersama ahli jawatankuasa persatuan memohon supaya pihak terlibat dengan projek pasar baharu, berbincang terlebih dahulu dengan peniaga sebelum mengambil keputusan menempatkan mereka di sesuatu kawasan.

“Kita tidak mahu pisang berbuah dua kali. Dulu di pasar ini (Pasar Chabang Tiga baharu) juga ada masalah dan pemaju terpaksa menambahbaik semula untuk keselesaan peniaga dan juga pengguna.

"Kami tidak mahu perkara sama berlaku lagi di tempat lain pula.. bagi kami.. buatlah hendak buat pasar baru ke apa sekalipun, kami tidak akan keluar dari sini, kami sudah penat ditolak ke sana sini,” jelasnya lagi.


Sementara itu, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Mohamad Khamil Othman berkata, dia sudah maklum perkara itu dan hanya menunggu arahan daripada pihak atasan untuk tindakan selanjutnya.

“Ya.. saya memang tahu perkara ini dan ada juga mendengar bahawa mpeniaga di Pasar Chabang Tiga akan berpindah ke Padang Hiliran,” katanya.

Oleh : Long Wan Trg
          Wartawan Tamu SRFM

No comments:

Post a Comment