Ratusan rakyat mengibarkan bendera dan bersorak saat menggelar aksi protes terhadap Harian Cumhuriyet di Istanbul, Turki, Kamis (15/1). Para demonstran mengecam keras Harian Cumhuriyet yang menerbitkan kartun dan artikel mengenai Charlie Hebdo di 4 laman sekaligus. 
Muslim di Turki dan Pakistan mengecam keras surat khabar Cumhuriyet yang telah menerbitkan kartun sindiran Charlie Hebdo menghina Islam di Istanbul, Turki, Khamis (15/1).  
Para demonstran mengecam keras Harian Cumhuriyet yang menerbitkan kartun dan artikel mengenai Charlie Hebdo di 4 laman sekaligus.
 
 Turki kutuk ‘kebebasan media’ Charlie Hebdo?
ANKARA, Turki – Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu semalam 
berkata, kebebasan media tidak bermakna akhbar satira mingguan, Charlie 
Hebdo bebas menghina sesiapa sahaja tanpa had dan batasan.
Menurut beliau, dalam tindak-tanduk akhbar itu, Turki tidak akan sama
 sekali membenarkan Nabi Muhammad dihina, malah perbuatan secara 
berterusan akhbar berkenaan menyiarkan karikatur Nabi Muhammad merupakan
 satu provokasi yang dilakukan secara terang-terangan.
“Kebebasan media tidak bermakna bebas untuk menghina,” kata Ahmet 
kepada akhbar harian Turki, Cumhuriyet dan beberapa laman web di negara 
itu sebagai mengulas mengenai tindakan akhbar Charlie Hebdo yang terus 
menyiarkan karikatur Nabi Muhammad dalam edisi terkini Rabu lalu.
  
 
 
  
Massa penyokong Parti Jamiat Ulema-i-Islam-Nazaryati (JUI-N) masa mengumumkan aksi kecaman terhadap Tabloid Charlie Hebdo di Quetta, Pakistan (15/1).
Selain di Quetta, Muslim di Pakistan juga mengecam Charlie Hebdo di Lahore (15/1). 
Muslim di Turki mengecam keras Surat khabar Cumhuriyet yang telah menerbitkan kartun sindiran Charlie Hebdo yang menghina Islam.
   
 
REUTERS - SEBAHAGIAN penduduk 
menyertai tunjuk perasaan bagi membantah tindakan sebuah akhbar di Turki
 yang turut menyiarkan karikatur daripada akhbar Charlie Hebdo. 
Akhbar berkenaan menerbitkan edisi khas setebal empat muka surat 
karikatur Nabi Muhammad selepas 12 orang mati ditembak oleh lelaki 
bersenjata yang melancarkan serangan terhadap pejabat akhbar itu di 
Paris.
“Kami tidak akan membenarkan sesiapa menghina Nabi Muhammad di negara
 ini. Sebagai kerajaan, kita tidak boleh memihak kepada kebebasan akhbar
 bagi  mengurangkan tindakan penghinaan seperti ini.
Menurut Ahmet, kebanyakan penduduk Turki adalah beragama Islam dan 
mereka mungkin tidak lagi boleh bersabar jika Nabi mereka terus dihina.
“Kami bertekad mempertahankan kemuliaan Nabi Muhammad dan pada masa 
sama kami turut menentang keganasan yang berlaku di Paris,” katanya.
Sebuah mahkamah di Turki kelmarin mengarahkan sebuah laman web yang menyiarkan muka depan akhbar Charlie Hebdo disekat.
Sementara itu, pergerakan Hezbollah di Lebanon dalam satu kenyataan 
turut mengutuk akhbar Charlie Hebdo dan menyifatkan tindakan berkenaan 
bakal menyemarakkan lagi kegiatan pengganas. 
Kerajaan Senegal turut bertindak tegas mengharamkan pengedaran akhbar satira berkenaan di negara itu. – AFP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sebenarnya Turki mengutuk 'salah guna' 
kebebasan media, iaitu yang menghina Nabi Muhammad SAW seperti  
dilakukan oleh Charlie Hebdo, bukan kebebasan yang tidak disalah 
gunakan.
Bukan juga seperti kerajaan
 Malaysia mengutuk keras serangan ke atas pejabat majalah satira 
Perancis, Charlie Hebdo, yang banyak berdosa kepada umat Islam, bukan 'yang tidak berdosa' seperti kata PM Malaysia. 
(IH)
Juga ini.. 
 
No comments:
Post a Comment