Kalau rakyat kata dia ni adalah 'Budak Suruhan' atau 'Alat'
Dia akan marah dan menafikan.......
Patutkah bercakap atau menuntut hal moral denganya?
Kenapa tangguh dakwaan rasuah bekas setiausaha politik pemimpin Umno, soal peguam
Dia akan marah dan menafikan.......
Patutkah bercakap atau menuntut hal moral denganya?
Kenapa tangguh dakwaan rasuah bekas setiausaha politik pemimpin Umno, soal peguam
OLEH V ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA
Published: 31 July 2014
Para
 peguam berkata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mempunyai 
tanggungjawab moral menerangkan kepada orang ramai jika beliau 
memutuskan untuk menggugurkan sebarang pendakwaan terhadap individu 
walaupun ianya tidak dituntut undang-undang. – Gambar The Malaysian 
Insider oleh 29 Julai, 2014 
Hampir enam 
bulan berlalu sejak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 
menyelesaikan siasatan terhadap bekas setiausaha politik dituduh 
menyalahgunakan dana RM 1.1 juta daripada tiga yayasan yang ditubuhkan 
untuk membantu rakyat miskin.
SPRM sudah 
menyerahkan hasil siasatan kepada Pejabat Peguam Negara, tetapi sehingga
 hari ini masih tiada apa-apa tindakan sehingga menyebabkan beberapa 
peguam mempersoalkannya.
Para peguam 
berkata, sebarang penangguhan terhadap pendakwaan kepada mana-mana 
individu akan menimbulkan keraguan terhadap usaha kerajaan untuk 
memerangi rasuah di kalangan mereka yang rapat dengan kekuasaan.
Mereka berkata 
Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mempunyai tanggungjawab moral 
menerangkan kepada orang ramai jika beliau memutuskan untuk menggugurkan
 sebarang pendakwaan terhadap individu walaupun ianya tidak dituntut 
undang-undang.
Para peguam 
mengulas penangguhan untuk mendakwa bekas setiausaha politik pemimpin 
Umno dan seorang pengarah syarikat dengan tuduhan rasuah.
Peguam Datuk 
Baljit Sidhu yang mengikuti dengan dekat kes ini mengatakan SPRM 
memulakan operasi terhadap dua orang itu pada September tahun lepas.
Pada Februari 
kertas siasatan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara, tetapi 
dipulangkan semula kepada SPRM untuk siasatan lanjutan.
Namun difahamkan, kertas siasatan itu dihantar semula ke Pejabat Peguam Negara tidak lama selepas itu.
“Peguam Negara 
sekarang harus membuat keputusan sama ada meneruskan dengan pendakwaan 
atau menggugurkan kes kerana kekurangan bukti,” kata Baljit.
Beliau berkata,
 adalah lebih baik jika Gani bersedia untuk menyatakan pendirian 
yangjelas jika memutuskan untuk tidak meneruskan pendakwaan.
"Semua kes 
jenayah melibatkan kepentingan awam dan Peguam Negara secara moralnya 
wajib menjelaskan jika enggan meneruskan pendakwaan, kerana ia 
membabitkan individu yang berkait dengan ahli politik terkenal," 
katanya.
Pengarah 
Eksekutif Lawyers for Liberty Eric Paulsen berkata, timbul persoalan 
penangguhan dakwaan yang terlalu lama selepas SPRM selesai menjalankan 
siasatan.
"Melengahkannya
 akan menimbulkan persoalan sama ada wujud campur tangan politik atau 
layanan istimewa apabila membabitkan personaliti yang berkaitan dengan 
kerajaan pemerintah," katanya.
Paulsen 
berkata, Peguam Negara perlu bertindak pantas dan tegas dalam kes ini 
demi mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap SPRM dan sistem 
keadilan.
SPRM memulakan 
siasatan pada September lalu selepas setiausaha politik kepada seorang 
ahli politik terkenal ditahan kerana didakwa menyalahgunakan dana 
kerajaan di bawah program Akhiri Zaman Miskin (1AZAM).
Setiausaha 
politik dan seorang pengarah syarikat yayasan disiasat selepas wang 
program itu didakwa tidak digunakan untuk membantu golongan miskin, 
sebaliknya untuk tujuan politik.
SPRM juga merampas 10 kenderaan mewah milik suspek termasuk Toyota Alphard, Golf GTI, Toyota Vellfire dan Toyota Camry.
Program 1AZAM 
merupakan inisiatif kerajaan membantu golongan miskin di bawah 
Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat.
Kedua-dua 
suspek sepatutnya didakwa Februari lalu, tetapi dibebaskan 11 jam 
kemudiannya dengan ikat jamin RM50,000 setiap seorang.
Ekoran itu, 
Ahli Panel Penasihat Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM yang 
dipengerusikan Tan Sri Johan Jaafar meminta penjelasan Gani.
Menurut Gani, kes itu perlu diteliti dengan lebih mendalam sebelum pendakwaan dilakukan.
SPRM kemudian 
menjelaskan kertas siasatan diserahkan kembali kepada mereka untuk 
mengumpul lebih banyak bukti daripada pelbagai sudut prinsip dan 
alternatif lain.
Difahamkan, kes
 itu berkaitan dengan penahanan Datuk Suhaimi Ibrahim, setiausaha 
politik kepada bekas menteri Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang 
ditahan SPRM untuk siasatan lanjut.
Suhaimi 
berkata, beliau disiasat atas dakwaan menyalahgunakan tabung program 
1AZAM, manakala tujuh lagi pegawai kementerian turut disiasat.
"Tidak ada apa 
yang perlu disembunyikan. Saya ditahan tetapi maklumat yang disiarkan di
 blog dan portal online tidak semuanya benar," katanya.
SPRM dilaporkan merampas 10 kenderaan mewah milik Suhaimi, namun beliau menafikan ia miliknya.
"Kereta itu 
bukan saya punya," kata ahli perniagaan berusia 54 tahun itu yang juga 
bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Benta, Pahang. – 31 Julai, 2014.
 

 
 
No comments:
Post a Comment