Oleh : Nasrudin bin Hassan
( Kenyataan Peribadi tidak mewakili PAS Pusat dan boleh Print Screen )
1.
 Tidak semena - mena nama Dr Zuhdi Marzuki menjadi besar dan 
menggegarkan politik tanahair. Secebis perca conversation group whatsapp
 AJK PAS Pusat disalin keluar oleh individu berhati busuk sedang ia 
adalah whatsapp group tertutup yang menjadi medan perbahasan dan 
perbincangan AJK PAS Pusat sebagai mesyuarat tidak rasmi untuk 
memudahkan banyak perkara dengan memanfaatkan kemudahan sistem 
komunikasi moden yang wujud hari ini.
2.
 Apa yang berlaku ialah kami anggota group whatsapp AJK PAS Pusat sedang
 berbincang mengenai perkembangan politik terkini yang sedang melanda 
negara khasnya mengenai isu MB Selangor. Timbul pelbagai pandangan dari 
kalangan AJK PAS Pusat mengenainya. Sebahagian bersetuju dan sebahagian 
tidak bersetuju dan sebahagian yang lain pula diam tanpa respon. Saya 
sifatkan ini perkara biasa dalam semua keadaan. Jarang benar untuk kami 
bersetuju sebulat suara dalam satu - satu isu yang dibincangkan. 
Perbedaan pandangan itu akan menapis dan menyaring pandangan sebahagian 
yang lain sementara perbahasan menjadi masak sebelum disimpul menjadi 
rumusan atau keputusan.
3.
 Perbahasan ini agak panjang. Saya menyalinnya semula dengan tekun dan 
memerhati satu baris ke satu baris keseluruhan conversation group ini, 
mengunakan tulisan saiz 12 dengan format potrait A4, saya perolehi 
sebanyak 115 muka surat. Perbahasan non stop menjangkau 2 hari dengan 
tulisan  setebal 115 muka surat A4, tiba – tiba hanya disebarkan secebis
 perca yang hanya mengandungi 11 baris ayat untuk membentuk satu 
persepsi buruk dan jahat kepada Dr Zuhdi Marzuki. Bukan sahaja ia adalah
 perbuatan yang tidak adil malah jahat dan khianat. Pencetus masaalah 
sebenar yang mencemarkan landskap politik semasa tanahair bukanlah Dr 
Zuhdi tetapi individu yang membocorkan maklumat perbincangan tertutup. 
Tanpa pendedahan itu, sudah tentu isu ini tidak tercetus. Terutama 
pendedahan yang hanya mengambil perca kecil dari keseluruhan lembaran 
conversation group.
4.
 Alang – alang berbuat dosa, kenapa tidak individu ini mendedahkan 
keseluruhan conversation group AJK PAS Pusat tersebut. Saya percaya, 
jika didedahkan keseluruhannya atau perbahasan secara penuh, persepsi 
buruk dan sangkaan yang bukan – bukan tidak akan berlaku kepada Dr 
Zuhdi. Justeru itu saya cabar individu yang telah membocorkan maklumat 
perbincangan dalaman Group AJK PAS Pusat itu tampil mendedahkan 
keseluruhan isi kandungan perbahasan mengenai isu ini. Kita lihat 
bagaimana wajah perbahasan dan apa sebenarnya yang berlaku. Jangan minta
 saya mendedahkannya kerana nakal – nakal saya pun, tidaklah sebusuk 
perut dan sebenak aqal individu yang menyalin keluar perca conversation 
group AJK PAS Pusat tersebut.
5.
 Ramai menganggap itu adalah kenyataan Dr Zuhdi sedang Dr Zuhdi tidak 
pernah membuat kenyataan sedemikian. Apa yang tertera melalui perca 
conversation yang didedah adalah satu daripada banyak – banyak scenario 
analisis yang dibentang oleh Dr Zuhdi apabila anggota group sedang 
berbincang mengenai satu topic yang menelur dari perbahasan mengenai isu
 MB Selangor iaitu “bagaimana kalau PAS keluar atau dikeluarkan dari 
Pakatan Rakyat”. Apa scenario yang akan berlaku ? Analisisnya 
dikemukakan hasil dari cakap – cakap orang bawah dan orang awam secara 
negative atau positif yang dipungut naik oleh Dr Zuhdi untuk bahan 
perbincangan mengenai topic tersebut. Ia bukan pemikiran tulen Dr Zuhdi.
 Seperti juga mana – mana pengkaji dan penganalisis mengemukakan hasil 
analisis sebagai contoh, mereka dapati orang melayu masih ramai yang 
berfikiran feudal maka bukan bermakna penganalisanya juga berfikiran 
feudal. Cakap – cakap mengenai PAS keluar atau dikeluarkan dari Pakatan 
Rakyat ini sudah lama berlegar dikalangan ahli PAS dan sebahagian 
pimpinan. Malah Dewan Ulamak PAS Pusat lebih setahun lalu pernah 
mencadangkan supaya Tahaluf Siasi ( Kerjasama Politik ) antara PAS 
dengan PKR dan DAP itu dikaji semula. Ini menggambarkan scenario itu 
telah lama berlaku dan mudah serta pantas untuk dianalisis.
6.
 Sementara itu adalah perbahasan dan perbincangan tertutup maka tidaklah
 Dr Zuhdi memperindah susun kata sebagaimana mahu dibentang pada 
khalayak melalui slide show dan seumpamanya, melainkan beliau sekadar 
menggunakan bahasa dan “istilah lepas” bagi memudahkan perbincangan dan 
memahami kedudukan scenario yang dianalisisnya. Malah perbahasan itu 
belum berakhir dan belum merumuskan apa – apa melainkan banyak perkara 
akan dibawa secara rasmi ke Mesyuarat Penuh AJK PAS Pusat pada 10 Ogos 
akan datang .
7.
 Jujur saya menyebut bahawa bukan sahaja Dr Zuhdi dilihat buruk bila 
conversationnya dikerat kecil begitu malah melalui 115 muka surat 
conversation yang saya maksudkan tadi, anda akan dapati ramai lagi rakan
 – rakan saya dari anggota group AJK PAS Pusat turut dilihat buruk 
seperti Dr Zuhdi malah lebih teruk dari Dr Zuhdi JIKA conversation 
mereka juga dikerat – kerat kecil sebagaimana dilakukan kepada Dr Zuhdi.
8.
 Saya teringat seorang kawan saya semasa belajar di Pondok Pasir Tumbuh 
puluhan tahun yang lalu. Beliau pernah maki hamun Tuan Guru Haji Nik 
Abdul Aziz kerana  beliau mendengar Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz berkata 
UMNO baik dan secular baik. Sedang menurut pengajian Islam, Sekular 
bercanggah dengan Islam dan pengamal fahaman secular adalah sesat ! 
bagaimana Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz kata UMNO baik dan secular baik . 
Masa itu saya sendiri terpinga – pinga. Saya kata tidak mungkin Tok Guru
 berkata demikian. Beliau bersumpah Wallahi Demi Allah dia dengar 
sendiri di Dewan Zulkifli Kota Bharu masa kuliah pagi Jumaat. Oleh 
kerana beliau adalah kawan saya dan saya yakin beliau juga tidak menipu.
 Maka saya diamkan diri dan minggu berikutnya saya beli kaset rakaman 
kuliah Tok Guru dan saya halusi satu persatu perkataan dan ucapan Tok 
Guru. Akhirnya saya dapat jawapannya. Ucapan penuh Tok Guru ialah “ Tuan
 – tuan ! kita kena tolak fahaman yang bertentang dengan aqidah Islam. 
Tidak kira apa fahaman itu, muktazilah baik, sosialis baik, nasionalis 
baik, sekularisme baik, semua kita kena tolak. Kita orang Islam mesti 
terima Al Quran, orang UMNO baik , Orang PAS baik mesti beramal dengan 
al Quran … !”
9.
 Malangnya kawan saya dalam keadaan kurang mahir loghat Kelantan pula 
mendengar sebahagian dari keseluruhan ucapan akhirnya dia faham Tok Guru
 kata secular baik, UMNO baik  …. Saya senantiasa tersenyum lebar bila 
mengenang peristiwa itu. Saya kira begitulah lebih kurang jadinya pada 
Dr Zuhdi. Keseluruhan conversation kami selama 2 hari non stop hanya 
dipetik dan didedahkan 11 baris dengan tujuan yang sangat jahat bagi 
membina persepsi buruk pada Dr Zuhdi yang lantang mengkritik Datuk Seri 
Anwar Ibrahim dan PKR terutama apabila timbul isu MB Selangor. 
Percayalah, yang mengkritik keras Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu MB 
Selangor ini bukan Dr Zuhdi seorang tapi ramai pimpinan PAS turut sama 
mengkritik. Tinggal lagi berani melakukannya secara terbuka atau tidak .
 Ada yang tidak berani kritik terbuka tetapi pedas dan keras kritikannya
 secara tertutup kerana tidak tahan sabar dengan sikap dan tindakan 
Datuk Seri Anwar dalam isu MB Selangor. Ada yang berani menyebut secara 
terbuka di facebook tetapi menyembunyikan wajah dan identiti. Akhirnya 
si pemberani seperti Dr Zuhdi inilah yang menjadi sasaran .
10.
 Saya sekali lagi menyelar individu yang telah membocorkan perca 
conversation group AJK PAS Pusat dan mencabar supaya tampil buat 
pengakuan dan dedahkan keseluruhan conversation anggota group mengenai 
isu MB Selangor ini jika beliau adalah seorang yang bertanggungjawab dan
 berani. Jika tidak, memang ia seorang yang penakut dan pengkhianat. 
Menikam rakan dari belakang demi memuaskan hati war lordnya yang berada 
di luar parti .
 

 
4 comments:
Apa alasan kata2 Hadi? Setelah KEBODOHAN HADI DLM ISU PERTINDIHAN CALUN DI PRK13, PILL KUDA & SOSIALIST.
Saya ta percaya Hadi walau di bersumpah di depan Kaabah
siapakah wartawan2 yg dikatakan bertubi2 bertanyakan hal tsb selama 2 hari?
Tantawi ni adalah salah satu darinya......saya mengucapkan taniah kpd mereka ini, insyaAllah kami lawan tetap tetap lawan sebagaimana saudara kami di palestine.